Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Amalan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah ( PBS )



            
             Pentaksiran merupakan salah satu aspek penting dalam menilai pencapaian pelajar. Untuk itu para guru perlu memahami dengan jelas tentang konsep pentaksiran itu sendiri. Berikut merupakan nota ringkas tentang Amalan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah

             Objektif

1.      Menghuraikan berbezaan antara pengujian, pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
2.    Menyatakan fungsi dan kepentingan pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran   bilik darjah.
3.       Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran seperti formatif, sumatif dan Ujian Rujukan.
4.       Menjelaskan konsep kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran.

                Pembelajaran Murid

       1.       Apakah yang perlu dipelajari oleh murid kita?
       2.       Bagaimana kita mengetahui murid kita telah mempelajarinya?
       3.       Bagaimana maklum balas kita sekiranya murid tidak mempelajarinya?
       4.       Apakah tindakan kita setelah mereka mempelajarinya?

































Share:

Taj Mahal Sebuah Keajaiban Dunia


Shah Jahan atau sebenar baginda Shahab-ud-din Muhammad Khurram merupakan Maharaja Empayar Moghul yang ke 5.

Empayar Moghul merupakan sebuah kerajaan besar yang meliputi India, Pakistan, Bangladesh dan Afghanistan sekarang ini.

Baginda memerintah dari tahun 1628 hingga 1658.

Baginda bertemu dengan Mumtaz Mahal atau nama sebenarnya ialah Arjumand Banu Begum pada tahun 1607 di sebuah pesta.

Baginda pun menyatakan hasrat untuk mengahwini Mumtaz Mahal kepada ayahanda beliau Sultan Jahangir ; Maharaja Empayar Moghul pada waktu itu.

Ayahanda baginda bersetuju, tetapi perkahwinan akan dilangsungkan selepas 5 tahun kerana Mumtaz Mahal pada masa itu (1607) baru berusia 14 tahun dan baginda (Shah Jahan) baru berusia 15 tahun.

Dan baginda mesti mengahwini anak Shah Ismail 1 ; pemerintah Iran pada waktu sebagai perkahwinan diplomatik.

Selepas 5 tahun berlalu, barulah tercapai hasrat baginda untuk mengahwini Mumtaz Mahal.

Kebetulan ibu saudara Mumtaz Mahal bernama Nur Jahan telah berkahwin dengan Sultan Jahangir dan dilantik menjadi permaisuri Empayar Moghul!

Disebabkan Nur Jahan lebih cenderung kepada adik Shah Jahan yang bernama Putera Shahryar, maka beliau berjaya mempengaruhi Sultan Jahangir untuk menghantar Shah Jahan dalam misi ketenteraan dengan niat untuk membunuh baginda.

Sesungguhnya Allah maha berkuasa. Shah Jahan berjaya didalam pelbagai misi ketenteraan tersebut dan semakin disayangi oleh Sultan Jahangir.

Isteri baginda yang dicinta ; Mumtaz Mahal mengiringi baginda didalam setiap misi walaupun susah, jauh dan sarat mengandung!

Sehinggalah suatu hari baginda diarahkan oleh Sultan Jahangir untuk menawan Kandahar (sekarang terletak di Afghanistan).

Shah Jahan enggan menawan Kandahar kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Tindakan baginda tersebut menyebabkan Sultan Jahangir murka.

Sultan Jahangir mengarahkan tentera untuk menangkap Shah Jahan.

Shah Jahan enggan menyerah diri, maka berlakulah pertempuran. Beliau kalah dalam pertempuran dan terpaksa melarikan diri.

Selama 3 tahun Shah Jahan terpaksa bersembunyi dan melarikan diri.

Dan sepanjang itulah juga Mumtaz Mahal mengikuti baginda ke mana sahaja.

Walaupun berkali-kali baginda mencadangkan supaya Mumtaz Mahal pulang ke sisi ayahanda beliau Asaf Khan (salah seorang menteri kerajaan Moghul), tetap Mumtaz enggan meninggalkan suami tercinta.

Selepas 3 tahun, Shah Jahan pun menyerah kalah dan menghantar surat dan memohon ampun daripada Sultan Jahangir.

Sultan Jahangir yang sudah tua dan uzur menerima pengampunan Shah Jahan dan memerintahkan baginda pulang ke Agra.

Sebelum sempat tiba di Agra, Sultan Jahangir telah mangkat.

Nur Jahan dan Putera Shahryar telah berpakat dan merampas kuasa kerajaan Moghul.

Mujur Asaf Khan (ayah mertua Shah Jahan) berjaya menangkap Nur Jahan dan Putera Shahryar dan mencegah tindakan mereka berdua untuk merampas takhta.

Setibanya di Agra, Shah Jahan pun ditabalkan sebagai Maharaja Moghul.

Selepas beberapa lama, Mumtaz Mahal mengandungkan anak yang ke 14 Shah Jahan.

Selepas berhempas pulas selama 30 jam, barulah anak tersebut berjaya dilahirkan.

Mumtaz Mahal meninggal semasa bersalin kerana mengalami tumpah darah yang terlalu banyak.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mumtaz Mahal telah meminta Shah Jahan berjanji untuk tidak berkahwin lagi dan membina sebuah makam yang indah untuk beliau.

Begitulah kisahnya kenapa Shah Jahan sanggup menghabiskan 3 Juta Rupees untuk membina Taj Mahal untuk isteri yang dicinta ; Mumtaz Mahal.

Ketika semua orang lari daripada baginda.

Ketika semua orang tidak menyokong baginda.

Mumtaz Mahal tetap tegak berdiri di sisi suami tercinta.

Itulah HARGA yang dibayar oleh Shah Jahan diatas pengorbanan dan jasa isteri baginda yang tercinta ; Mumtaz Mahal.

.
NOTA : kisah ini ditulis sendiri Ahmad Fadzli Fauzi dengan merujuk kepada novel tulisan Abdul Latip Talib yang bertajuk SHAH JAHAN PEMBINA TAJ MAHAL.
Share:

Bahaya Manis Berlebihan


Jom kita pelajari tentang bahayanya pengambilan gula secara berlebihan.


















Share:

15 Teknik PdPC Abad 21 Bahagian Pertama


1.Human Graphing (Graf Manusia )
Murid bergerak mengikut kumpulan dan membentuk corak  / pattern tertentu supaya topik mudah difahami

2.Video Clip ( Klip Video )
Menggunakan klip video dengan menggunakan soalan-soalan
yang diberikan

3.Using Large Picture Card ( Gambar /photo besar )
Penggunaan gambar atau foto dalam PdP           

4.I See, I Think, I Wonder             ( Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya )
Dengan menggunakan gambar / objek murid diminta :
a) Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat (see)
b) Fikirkan  apa  yang kehidupan seharian / lain-lain perkara (think)
c) Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang telah dipelajari sebelum ini.

5.Recap Group (Mengulangi /mengingat semula )
Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan apa yang telah dipelajari sebelum ini

6.Rocket writing ( Penulisan pantas )
Jangka masa diberi ( contohnya 5 minit ) untuk murid menulis apa yang mereka tahu berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.

7.Galery Walk ( Lawatan ke geleri )
Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik / dewan untuk :
a. Melihat                           
b. Berfikir dan                   
c. Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang ditampal

8. Y chart ( Carta Y)

Tiga keping kertas ditampal dalam bentuk Y dan pada setiap kertas ditulis soalan yang berbeza untuk murid menulis jawapan mereka             

9. Time capsules (Kapsul Masa)
Guru mengambil hasil kerja / pandangan ( contohnya ) dan membuka jawapan tersebut beberapa bulan kemudian untuk murid membaca semula apa yang telah mereka tulis

10. Chain Line (Rangkaian )
Murid membuat rantai kertas di mana pada setiap kertas ditulis idea / maklumat yang berkaitan dengan topik yang diberi   

11. Survey (Tinjauan )
Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan membuat analisis berkenaan topik / isu

12. Shout Out ( laungan )
Murid digalakkan memberi idea secara  lisan dengan laungan yang kuat dalam sesi subangsaran. Idea tersebut dicatat atas kertas atau papan putih. Aktiviti seterusnya adalah menyusun semula idea-idea tersebut secara sistematik

13. Presentations( Persembahan)
Persembahan murid dalam bentuk
a)            Lisan
b)            Video
c)            Powerpoint
d)            Pameran
e)            Nyayian
f)             Tarian
g)            Lakonan
h)            Lain-lain yang kreatif
Guru perlu membuat penilaian dan memberi maklum balas

14. Learning Modalities ( Gaya Persembahan )
Penggunaan gabungan pelbagai cara kinestatik  (pergerakan) visual dan /atau auditori
(mendengar) PdP  melibatkan kecenderungan murid (Multiple Intelligences)
a)            Verbal-Linguistic
b)            Logical-Matematical
c)            Visual-Spatial
d)            Bodily-Kinesthatic
e)            Naturalist
f)             Musical-Rhythmic
g)            Interpersonal
h)            intrapersonal

15. Qudrat Activity (Aktiviti Berempat)
a)            Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan guru membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid)               
b)            Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan                            
c)            Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan  yang telah dipersetujui semua ahli kumpulan dalam bulatan   
Share:

Tutorial Bagaimana Untuk Convert Video di Youtube ke Format MP3


Tutorial kali ini pula adalah bagaimana untuk anda convert video yang terdapat di Youtube ke dalam bentuk MP3 tanpa perlu anda install apa-apa perisian di komputer anda.

Selamat belajar..










Share:

Tutorial Download Video Daripada Youtube


Tutorial kali ini adalah bagaimana untuk memuatturun video daripada Youtube tanpa perlu anda install apa-apa perisian.

Jom belajar. Bagi membantu anda, kami sertakan langkah bergambar seperti di bawah. Selamat mencuba.













Share:

Siapa Itu Datuk Abdullah?

Pernahkah anda bertanya siapakah Datuk Abdullah?  Nama ini diangkat sebagai nama Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah..Baiklah kali ini admin akan bercerita secara ringkas tentang Datuk Abdullah.



Datuk Abdullah bin Saad dilahirkan pada tahun 1907 di Kampung Pulau Gemencheh. Beliau adalah anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Allahyarham Datuk Abdullah menerima Pendidikan di sekolah Melayu Gemencheh pada tahun 1914. Beliau dilantik sebagai Datuk Penghulu Luak Gemencheh yang ke-8 pada tahun 1927, semasa berusia 20 tahun, menggantikan Datuk Penghulu Mohd Zain iaitu datuknya.
                Datuk Abdullah merupakan seorang penghulu yang disegani dan dihormati ramai. Semasa pemerintahan beliau, Mukim Gemencheh semakin maju dan menjadi terkenal. Dalam perjalanan pentadbiran, beliau adalah seorang yang mengambil berat dan perihatin terhadap kemajuan kampungnya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1940 dalam usia yang masih muda, iaitu 33 tahun.

                Bagi memperingati sejarah  perkembangan kampung di bawah pentadbiran Allahyarham Datuk Abdullah, penghulu luak yang terkemuka di antara penghulu-penghulu luak Gemencheh, maka Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh telah diubah namanya kepada Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah mengambil sempena nama Allahyarham Datuk Penghulu Luak  Gemencheh, Datuk Abdullah bin Saad “Datuk Orang Kaya Setiawan luak Gemencheh”
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts