Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1/ 2018

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Matlamat Program
Program Transisi  Tahun Satu akan dapat :
1.            Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
2.            Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran,   guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
3.            Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Objektif 
Di akhir program, murid-murid dapat:
  1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.
  2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran.
  3. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di sekolah.
  4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
TEMA PROGRAM

MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa dari pra sekolah.

MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui mata bercahaya mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.






Sepanjang tiga minggu program Transisi ini dilaksanakan, pelbagai aktiviti diadakan seperti Taklimat Bersama Ibu Bapa, Pengurusan Diri, Pengurusan Kelas, Pengucapan Bertatasusila, Lawatan ke sekitar kawasan sekolah, Ujian My TID, dan juga sukaneka. 
Maka pada 19 Januari yang lepas, satu majlis penutup diadakan di dewan sekolah bagi menyampaikan hadiah kepada pelajar dan menandakan tamatnya program ini dengan jayanya. Tahniah kepada Cikgu Norzehan selaku Guru Penyelaras Tahun Satu dan juga rakan-rakan guru tahun satu yang lain kerana berjaya melaksanakan program ini dengan sangat baik.
Share:

Modul Latihan Frog VLE


Ayuh kawan-kawan, kita gunakan masa terluang kita untuk mendalami Frog VLE. Di sini disertakan link-link yang banyak membantu kita mempelajari fungsi Frog VLE. Selamat Belajar.

FrogBites - Modul E-latihan Frog VLE untuk guru-guru
https://frogasia.com/hubs/frogbites-guru

PIE (Participation, Interaction, Engagement)
http://bit.ly/frogpie 

TEH AIs (Tech Enhancement for Assessment and Interaction)
http://bit.ly/frogtehais 

CAKE (Connect And Keep Engaging)
http://bit.ly/frogcake 

PUFFS (Projects Using Frog For Students)
http://bit.ly/frogpuffs 

GULAI (Game Up Learning And Involvement)
http://bit.ly/froggulai

NASI LEMAK (Modul Hub FrogAsia Yang Bertemakan Aplikasi-Aplikasi Mudah Alih Frog)
http://bit.ly/frognasilemak

Share:

Modul Panduan UPSR Bahasa Inggeris

Nota dan panduan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris UPSR.

Modul Triumph Redong Inggeris Vol 3 - https://goo.gl/QDhiJM
Modul Triumph Redong Inggeris UPSR vol 2 - https://goo.gl/yWBYSk
Modul Triumph Redong Inggeris UPSR Vol 3 - https://goo.gl/HD2iix
Modul Vocabulary UPSR - https://goo.gl/ePxATh
Percubaan UPSR Didik BI Pemahaman Penulisan - https://goo.gl/AKWzFf
Modul A untuk Bahasa inggeris penulisan - https://goo.gl/mX1b4J
Tips BI Penulisan Section C - https://goo.gl/G6Ngkj
Tips BI Penulisan Section B - https://goo.gl/2tX8Vv
Tips BI Penulisan section A - https://goo.gl/HZfvd4
Modul Bahasa Inggeris UPSR Johor - https://goo.gl/oM1H5t
Panduan Prapenulisan Bahasa Inggeris karangan - https://goo.gl/xiKLyy
Modul Kemahiran Membina ayat BI - https://goo.gl/4cKcig
Share:

Set Panduan Sains UPSR

Persediaan awal tahun UPSR Sains Sekolah Rendah.

Kertas Ramalan UPSR Sains - https://goo.gl/GG129T
Modul Pembolehubah UPSR - https://goo.gl/CGbYHA
Modul UPSR Sains Johor - https://goo.gl/JjhhUU
Modul bantu lulus Sains UPSR - https://goo.gl/DZTzDH
Nota istilah Sains UPSR - https://goo.gl/jb6BfG
Kertas Sains UPSR 2015-  https://goo.gl/kESx4r
Bahan kecemerlangan Sains UPSR - https://goo.gl/VoMoAb
Modul UPSR Sains Johor Bah A dan B - https://goo.gl/UxnMcH
Analisis Sains UPSR 2016 - https://goo.gl/1EBHYC
Pamplet Tips Sains UPSR - https://goo.gl/WNujVV
UPSR Sains Didik - https://goo.gl/BgfXBC
Nota Ebook UPSR Sains - https://goo.gl/xbnfzx
200 soalan pemerhatian inferens - https://goo.gl/BFc9zZ

Semoga memberi manfaat.
Share:

Koleksi Panduan Pengurusan Badan Beruniform



Berikut disertakan beberapa panduan tentang pengurusan Unit Beruniform sebagai panduan guru-guru penasihat. Semoga memberi manfaat buat semua.


SILA KLIK PADA TAJUK :-






Sumber: Pendidik2u
Share:

Taklimat Disiplin


Bersempena dengan fasa awal persekolahan 2018, pihak pengurusan Hal Ehwal Murid telah melaksanakan satu taklimat disiplin khusus kepada tahap 1 pada 3 Januari lepas. Taklimat ini dikendalikan oleh Puan Bhavani a/p Arumugam iaitu Guru Bimbingan dan Kaunseling SKDA yang baru setelah Puan Norhaida berpindah ke SK Pasir Besar.

Taklimat ini bertujuan untuk mengingatkan pelajar tentang peraturan sekolah dan pentingnya mengamalkan disiplin dalam diri. Selain Pn Bhavani,Cikgu Azman selaku Guru Disiplin sekolah juga memberi taklimat tentang etika berpakaian dan disiplin semasa di sekolah. 

Semoga program sebegini dapat memberi impak positif dalam diri pelajar kerana untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang itu perlu mempunyai disiplin diri yang kuat.

Puan Bhavani kelihatan bersemangat menyampaikan dan mengendalikan taklimat.

Share:

Selamat Kembali Ke Sekolah

2 Januari 2018 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2018. Mungkin juga hari pertama buat anak-anak Tahun 1 menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah.

Kami warga SKDA menyambut anak-anak dengan tangan terbuka. Semoga pada tahun 2018 ini, menghadirkan lebih banyak kejayaan buat seluruh warga SKDA.

Bagi hari pertama ini, pihak sekolah telah membuat sambutan dengan menunggu pelajar di pintu pagar sekolah. Turut serta wakil PIBG. Selain itu, satu perhimpunan ringkas diadakan bagi memberi kata-kata motivasi buat semua pelajar.

Seusai perhimpunan, semua pelajar masuk ke kelas dan sesi PDPC terus berjalan memandangkan segala urusan pembelian buku telah dilaksanakan pada 28 dan 29 Disember yang lalu.

Sekali lagi marilah kita mendoakan semoga SKDA terus melakar sejarah manis dalam segala bidang.

Barisan guru SKDA 2018

GPK HEM bersama guru kelas Tahun 1 begitu tekun melayan karenah anak-anak Tahun 1

Suasana hari pertama di Pra Sekolah

Anak-anak Tahun 1 dilatih untuk berdisiplin dan berdikari membeli makanan di kantin

"Selamat Datang Semua" agaknya itulah ayat yang diperkatakan oleh semua ni..

Share:

Koleksi Rancangan pengajaran Tahunan 2018 dan Rancangan Pelajaran Harian 2018

Pastinya ramai guru sibuk melengkapkan maklumat pada Buku Rekod Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC)  bagi tahun 2018. Bagi meringankan beban para guru, berikut disertakan beberapa link untuk guru memuat turun bahan-bahan bagi melancarkan proses PDPC guru bagi tahun 2018.

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN 2018

Koleksi RPT KSSR Tahun 1 hingga Tahun 6 2018 - https://goo.gl/fRa3DW
RPT Tahun 1 2018 - https://goo.gl/rPC99c
RPT Tahun 2 2018 - https://goo.gl/wiXo47
RPT Tahun 3 2018 - https://goo.gl/zxuKa9
RPT Tahun 4 208 - https://goo.gl/WsVRAV
RPT Tahun 5 2018 - https://goo.gl/3BDCKr
RPT Tahun 6 2018 - https://goo.gl/hyfAEv



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 2018

Koleksi rph tahun 1 - https://goo.gl/PudPxr
Koleksi rph tahun 2 - https://goo.gl/eyQZBY
Koleksi rph tahun 3 - https://goo.gl/QrjBpM
Koleksi rph tahun 4 - https://goo.gl/q6xnQt
Koleksi rph tahun 5 - https://goo.gl/j3mcfe
Koleksi rph tahun 6 - https://goo.gl/CTJF93

Sumber : http://sumberpendidikan.com
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts