Program Transisi
Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid
menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika
kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang
sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang
datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan
dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang
hampir sama.
Matlamat Program
Program Transisi Tahun Satu akan dapat :
1. Membimbing murid melalui fasa alam
tadika kepada alam persekolahan secara formal.
2. Menyediakan
dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa
yang singkat.
3. Menarik minat murid untuk berasa
seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.
Objektif
Di akhir program,
murid-murid dapat:
- Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan
diri kepada persekitaran pembelajaran yang formal.
- Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid
dari awal sesi persekolahan dari segi kognitif, kebolehan, kecenderungan
dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran.
- Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan,
budaya dan adab ketika berada di sekolah.
- Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
TEMA
PROGRAM
MINDA
CERGAS MATA BERCAHAYA
MINDA CERGAS
Kemampuan
murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir secara
aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu
dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang awal lagi menunjukkan Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-murid
juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui
aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan
pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan
wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan
murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau
yang dibawa dari pra sekolah.
MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun
Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama
dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan
minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti
yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru
mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui
mata bercahaya mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.
Sepanjang tiga minggu program Transisi ini dilaksanakan, pelbagai aktiviti diadakan seperti Taklimat Bersama Ibu Bapa, Pengurusan Diri, Pengurusan Kelas, Pengucapan Bertatasusila, Lawatan ke sekitar kawasan sekolah, Ujian My TID, dan juga sukaneka.
Maka pada 19 Januari yang lepas, satu majlis penutup diadakan di dewan sekolah bagi menyampaikan hadiah kepada pelajar dan menandakan tamatnya program ini dengan jayanya. Tahniah kepada Cikgu Norzehan selaku Guru Penyelaras Tahun Satu dan juga rakan-rakan guru tahun satu yang lain kerana berjaya melaksanakan program ini dengan sangat baik.
No comments:
Post a Comment