Itulah tag line yang sering kita dengar di kaca televisyen. Dengan kedatangan pihak Milo ke SKDA hari ini, bukan sahaja menceriakan pagi murid-murid, bahkan guru-guru turut teruja.
Kedatangan ini merupakan kali pertama buat tahun 2018, dan siapa tahu mungkin ada sesi kedua dan ketigakan,hehe..
Orang kata, air milo yang dihidangkan dari lori ni, lain rasanya.. Lebih pekat dan lebih umphhhh..Apa lagi, murid pun beratur panjang untuk menikmati air milo yang sememangnya 'legend' ini.. Bukan murid sahaja, guru pun sama, tidak mahu ketinggalan.. Siapa cepat, dia dapat..Yang lambat, terkulat-kulat..
No comments:
Post a Comment