Bersempena dengan fasa awal persekolahan 2018, pihak pengurusan Hal Ehwal Murid telah melaksanakan satu taklimat disiplin khusus kepada tahap 1 pada 3 Januari lepas. Taklimat ini dikendalikan oleh Puan Bhavani a/p Arumugam iaitu Guru Bimbingan dan Kaunseling SKDA yang baru setelah Puan Norhaida berpindah ke SK Pasir Besar.
Taklimat ini bertujuan untuk mengingatkan pelajar tentang peraturan sekolah dan pentingnya mengamalkan disiplin dalam diri. Selain Pn Bhavani,Cikgu Azman selaku Guru Disiplin sekolah juga memberi taklimat tentang etika berpakaian dan disiplin semasa di sekolah.
Semoga program sebegini dapat memberi impak positif dalam diri pelajar kerana untuk mencapai sesuatu kejayaan, seseorang itu perlu mempunyai disiplin diri yang kuat.
Puan Bhavani kelihatan bersemangat menyampaikan dan mengendalikan taklimat. |
No comments:
Post a Comment