Ekor yang terdapat bagi setiap haiwan sebenarnya mempunyai
fungsi-fungsinya yang tersendiri dan berbeza mengikut jenis haiwan. Bagi
burung, ekornya berfungsi untuk keseimbangan, mengawal penerbangannya dan
berhenti apabila hinggap di sesuatu tempat. Ekor yang berwarna-warni bagi
sesetengah burung seperti burung merak berguna untuk memikat pasangannya.
Ekor cicak pula berguna untuk mengelirukan musuh. Apabila
musuh berjaya menangkap ekornya, cicak akan segera memutuskan ekornya dan
melarikan diri. Ekor cicak akan kembali tumbuh selepas itu.
Manakala bagi lembu dan kuda pula, ekornya digunakan untuk
menampar dan menghalau lalat ketika meragut rumput. Ikan pula menggunakan
ekornya untuk berenang dan bergerak ke hadapan.
No comments:
Post a Comment