Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Tahukah Anda Tentang Kuda Laut?


Kuda Laut mempunyai tabiat pembiakan yang agak istimewa. Pada awal proses pembiakan, kuda laut jantan akan menari-nari di sekeliling kuda laut betina bagi menarik perhatiannya. Jika kuda laut betina itu tertarik , maka kedua-duanya akan berenang bersama-sama dengan melaga-lagakan perut mereka.
Setelah itu, kuda laut betina akan memasukkan organ pembiakannya ke dalam kantung pengeraman kuda laut jantan. Kuda laut betina akan memancutkan semua telur pembiakan ke dalam kantung kuda laut jantan tersebut. Setelah itu, kantung kuda laut jantan akan tertutup.
Proses pengeraman itu mengambil masa antara sebulan setengah hingga ke dua bulan. Apabila tiba masanya, telur-telur itu akan menetas dan anak-anak kuda laut akan keluar. Biasanya sebanyak 30 ekor akan menetas dalam satu-satu masa. Proses kelahiran ini mengambil masa beberapa hari. Seekor kuda laut mampu melahirkan 250 hingga 600 ekor anak bergantung kepada spesiesnya.

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts