Simbiosis dapatlah diertikan sebagai perkaitan hidup antara
dua spesies yang berlainan. Sesetengah jenis burung dan mamalia saling
memerlukan untuk meneruskan kehidupan. Contohnya badak sumbu dan burung-burung
pematuk.
Burung-burung pematuk itu akan memakan parasit seperti
pepijat dan kutu yang hinggap pada badan badak sumbu. Ini bukan sahaja
mengenyangkan burung-burung tersebut tetapi dapat melindungi badak sumbu
daripada serangan dan gigitan parasit tersebut.
Hal yang sama juga berlaku kepada buaya. Burung kedidi akan
bergerak keluar masuk ke dalam mulut buaya untuk memakan parasite yang terdapat
di dalam mulut buaya.
No comments:
Post a Comment