Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Tahukah Anda Keistimewaan Ikan Lumba-lumba?


Ikan lumba-lumba atau dolphin boleh mengesan apa-apa objek yang berada dekat mahupun jauh. Ikan lumba-lumba dapat menghantar gelombang bunyi berfrekuensi tinggi dari organ yang terdapat di dalam kepalanya. Bunyi ini akan melanggar objek dan akan melantun semula ke kepala ikan lumba-lumba.
Bunyi yang kembali kepada ikan lumba-lumba ini dipanggil gema. Arah dan tempoh masa yang diambil untuk gema itu kembali bergantung kepada jarak objek tersebut. Dengan kaedah ini, ikan lumba-lumba dapat mengetahui apa-apa yang berada di sekelilingnya. Saintis menamakan system ini sebagai ekolokasi atau biosonar. Kaedah ini digunakan oleh ikan lumba-lumba untuk memburu mangsa, mengesan pemangsa dan juga mengesan bencana.

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts