Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

SKDA JUARA BOLA SEPAK 2017 DAERAH TAMPIN



Hari ini 27 April, sekali lagi memberikan khabar gembira buat warga Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah ( SKDA ). Pasukan Bola Sepak kita di bawah kelolaan  Cikgu Faris disamping Cikgu Ashrul, Cikgu Maskuri dan Cikgu Saravannan, muncul juara bola sepak bagi Daerah Tampin 2017 setelah berjaya menewaskan Sekolah Kebangsaan Bukit Jalor 2 - 1 dalam perlawanan yang seimbang dan sengit. ( rakaman jaringan kemenangan boleh dilihat di bawah)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemain, barisan kejurulatihan, guru-guru yang memberi sokongan moral, PIBG dan semua yang membantu. Kita doakan semoga pemain yang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri nanti mampu memberika khabar gembira.





Barisan SKUAD JUARA 2017




TENAGA UTAMA SKUAD BOLA SEPAK



Gol keramat yang menobatkan kejuaraan kita.

Share:

Tahniah pasukan MTQSS SKDA

Pada 22 April yang lalu, kumpulan nasyid dan peserta Khat Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mewakili daerah Tampin bagi pertandingan MTQSS Negeri yang diadakan di Port Dickson.

Sebelum mewakili daerah, pasukan kita ini telah melakukan latihan intensif selama seminggu di sekolah. Alhamdulillah dengan latihan yang gigih dan dengan izin Allah, pasukan Nasyid SKDA meraih tempat Ke-3 di peringkat negeri, manakala peserta Khat pula mendapat naib juara. Tahniah semua, tahniah jurulatih, panitia ,peserta dan guru-guru yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tahun depan kita usaha lagi untuk meraih kejayaan yang lebih baik..
Kacak bergaya dengan baju baharu



Jom kita saksikan sebahagian rakaman persembahan kumpulan nasyid SKDA ini ye..


Share:

Automasi Buku

Salah satu cabaran besar dalam menjadikan perpustakaan sebagai tempat tumpuan pelajar adalah berkaitan dengan buku. Cabaran tersebut bukan sahaja dalam menjadikan budaya membaca itu sebagai salah satu budaya, tetapi cabaran lain adalah untuk mengemas rak buku cerita.

Sehubungan dengan itu, pihak PSS sering kali mengadakan aktiviti mengemas rak-rak buku. Pada 24 April, satu lagi kerja mengemas dilakukan oleh Guru Perpustakaan, Ustazah Nooryahafizah binti Radzuan, bersama dengan dua orang pengawas perpustakaan dengan bantuan GPM Pn. Marlina binti Majih.

Biarpun aktiviti ini dilakukan pada waktu cuti, namun hal ini bukanlah penghalang kepada pihak pengurusan PSS untuk memastikan perpustakaan sentiasa kemas. Diharapkan juga supaya para pelajar lebih berdisiplin bagi memastikan susunan buku sentiasa kemas kerana dengan disiplin yang tinggi akan menjamin kejayaan dalam diri pelajar itu sendiri.






Share:

Pertandingan Oh Pertandingan

Setiap tahun bulan April dan Mei merupakan antara bulan yang sibuk dengan pelbagai pertandingan. Sebagai sebuah sekolah yang aktif, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah ( SKDA ) tidak ketinggalan melakukan persiapan rapi dalam menyiapkan pasukan untuk ke pertandingan. Semoga usaha gigih ini membuahkan hasil yang cemerlang buah SKDA. Selain daripada latihan, beberapa perlawanan persahabatan juga telah dilakukan bagi menyiapkan diri pemain dengan rasa yakin. Jutaan terima kasih buat guru-guru jurulatih yang gigih mencari waktu dan masa sesuai untuk melatih anak-anak SKDA. Jasamu sangatlah besar...


Pasukan Bicara Berirama 


Pasukan Bola Jaring

Pasukan Action Song


Pasukan Hoki

Kriket Junior

SKDA Boleh!!!

Share:

SKDA DAN SCRABBLE


Pertandingan Scrabble Daerah Tampin bagi 2017 , telahpun dijalankan pada 11 April. Dalam pertandingan ini, salah seorang wakil Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah iaitu Adik Muhammad Harith Akmal bin Zahari telah berjaya mendapat tempat ke-4. Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk pasukan Scrabble meraih kedudukan yang lebih baik lagi dalam pertandingan yang akan datang. Tahniah juga kepada Jurulatih, Cikgu Myzatulsarah yang gigih melatih para pelajar sekolah kita. Jasamu dikenang.

Share:

SKDA JUARA CATUR DAERAH TAMPIN

Detik 10 April seumpama kesinambungan kisah cemerlang Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah pada minggu ini. Pada tarikh ini peserta Catur sekolah kita telah berjaya menjadi Juara Catur Lelaki Daerah Tampin. Selain itu pasukan lelaki juga dinobatkan sebagai Juara Berpasukan, manakala pasukan perempuan memenangi tempat ke-3 keseluruhan.


Berikut adalah keputusan penuh peserta :-


Kumpulan:
Lelaki B12 - Johan
Perempuan B12 - Ketiga

Individu Lelaki :-
Aidil llhan - Johan.
Haziq Murza - ke-9.
Najwan - ke-17.

Individu Perempuan :-
Syarifah Zainab. - ke-7
Nur Amyra - ke-16

Tahniah dan syabas buat Jurulatih dan peserta Paskan Catur. Semoga kecemerlangan ini diteruskan di peringkat negeri nanti.


Para pemenang bergambar bersama

Juara Berpasukan Lelaki

Inilah barisan pasukan catur sekolah kita. Bersama jurulatih Cikgu Norakmal dan Cingu Suhaini


Juara Individu Lelaki





Share:

Launching of Highy Immersive Program (HIP) in SK Datuk Abdullah


Gimik Pelancaran Program HIP

Pada 10 April, pihak sekolah telah melancarkan Highly Immersive Programme (HIP) bertempat di dewan sekolah. Pelancaran program ini dilaksanakan oleh Puan Russita binti Latip, Guru Besar SK Datuk Abdullah bersama-sama Yang Dipertua PIBG, Saudara Rosli bin Yatim. 

Program HIP ini adalah salah satu program di bawah dasar MBMMBI Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan utama program HIP ini adalah untuk :-
1. Meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris terutamanya di sekolah.
2. Meningkatkan penerimaan terhadap Bahasa Inggeris
3. Meningkatkan pengguasaan Bahasa Inggeris secara keseluruhan.

Program HIP ini adalah sebuah program berkonsepkan "Whole School' yang melibatkan semua pihak iaiutu Pihak pentadbira sekolah, guru-guru, para pelajar dan ibu bapa serta komuniti setempat.

Terdapat 4 kategori program HIP ini iaitu:-
1. In-class
2. Out Of Class
3. Extra Classes
4. Outreach

Bagi memastikan program HIP ini berjalan dengan baik, beberapa aktiviti yang akan dilangsungkan sepanjang tahun ini. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah:-

1. Perhimpunan dalam Bahasa Inggeris
2. Say It Right
3. English Zone
4. WoW ( Word of the week )
5. Free Time Scrabble
6. Reading Corner
7. Phonics Wall
8. Tayangan videos dan sing along
9. Karnival Bahasa Inggeris
10. Aktiviti pertandingan Bahasa Inggeris

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah sangat mengharapkan kerjasama ibu bapa dan komuniti dalam mengambil bahagian dalam menjayakan program HIP ini. 

Share:

SKDA JOHAN KESELURUHAN MTAQ 2017




Pada 8 April yang lalu, bertempat di Sekolah Menengah Dato Mohd. Taha , Gemencheh, telah menjadi saksi kejayaan anak-anak Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dalam MTAQ Daerah Tampin 2017.

Walaupun pada awalnya kejayaan ini tidaklah disangka-sangka, namun dengan usaha gigih guru-guru yang terlibat yang saban hari melatih para pelajar, maka kita akhirnya dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN MTAQ DAERAH TAMPIN

Berikut adalah senarai kejayaan yang kita perolehi:-

Johan nasyid
Johan khat lelaki
Naib johan hafazan lelaki
Ketiga hafazan perempuan
Ketiga tilawah alquran lelaki

Semoga guru-guru yang terlibat khususnya Panitia Agama Islam dan Panitia Bahasa Arab terus gigih melatih para pelajar untuk ke pertandingan yang sama di peringkat negeri pula.

Tahniah dan syabas semua. Anda memang hebat !!!!



Wajah-wajah gembira para guru dan para pelajar.


Guru Besar SK Datuk Abdullah, Pn. Russita binti Latip menerima piala kemenangan yang disampaikan oleh Adun Gemencheh. YB Dato' Mohd. Isam bin Mohd. Isa

Rangkuman penerima hadiah


Rangkuman semasa bertanding.

Share:

Jom Terokai Sains





Pada 8 April ( Sabtu ) Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mengadakan program panitia yang dikenali sebagai Jom Terokai Sains. Program ini melibatkan kerjasama antara Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dan Panitia Sains beberapa buah sekolah sekitar iaitu SK. Rokan, SK Bukit Rokan dan SK Gedok.  Hasil kerjasama ini, guru-guru yang terlibat akan hadir membantu menjayakan kem ini mengikut jadual yang telah dibincangkan. 

Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk menanam minat dalam diri pelajar tentang Sains. Antara aktiviti menarik adalah membina dan melancarkan roket dan beberapa aktiviti lain.

Tahniah dan syabas kepada Panitia Sains dan guru-guru yang hadir membantu sepanjang kem sehari ini diadakan. Semoga usaha murni ini membantu pelajar dalam menambah minat terhadap mata pelajaran Sains.
















Ingin saksikan video demontrasi pelancaran roket?

JOM saksikan di sini:




Share:

Pelancaran KM1M Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah 2017



Pada 7 April yang lalu bersamaan dengan hari Jumaat, pihak Pusat Sumber Sekolah (PSS) telah melancarkan Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) bertempat di dataran perhimpuan dua. Program membaca selama 33 minit 33 saat ini merupakan satu aktiviti yang melibatkan seluruh sekolah di Malaysia. Tujuan utama program ini adalah untuk menyuburkan minat membaca dalam kalangan para pelajar. Kita semua sedia maklum bahawa membaca merupakan satu hobi yang bukan sahaja mengisi masa lapang dan menambah ilmu pengetahuan, namun aktiviti ini juga memberi banyak faedah sampingan seperti berikut :-



1. Melatih otak
Salah satu keuntungan membaca buku adalah sebagai latihan otak dan fikiran. Membaca dapat membantu menjaga otak agar selalu menjalankan fungsinya secara sempurna. Saat membaca, otak dituntut untuk berfikir lebih sehingga dapat membuat pembaca semakin cerdas. Walau bagaimanapun untuk latihan otak ini, membaca buku harus dilakukan secara rutin.

2. Meringankan stres
Stres adalah faktor risiko kepada beberapa penyakit berbahaya. keindahan bahasa dalam tulisan dapat memiliki kemampuan untuk menenangkan dan mengurangkan stres, terutama membaca buku fiksyen sebelum tidur. Cara ini dianggap bagus untuk mengatasi stres.

3. Menjauhkan risiko penyakit Alzheimer
Membaca benar-benar dapat langsung meningkatkan daya ingatan otak. Ketika membaca, otak akan dirangsang dan stimulasi (rangsangan) secara teratur dapat membantu mencegah gangguan pada otak termasuk penyakit Alzheimer.

Kajian telah menunjukkan bahawa latihan otak seperti membaca buku atau majalah, bermain teka-teki silang kata, Sudoku, dan lain-lain dapat menunda atau mencegah kehilangan memori. Menurut para pengkaji, kegiatan ini merangsang sel-sel otak dapat berhubung dan meningkatkan sel-sel tersebut itu sendiri.

4. Mengembangkan pola tidur yang sihat
Apabila anda terbiasa membaca buku sebelum tidur, maka itu bertindak sebagai alarm bagi tubuh dan mengirimkan signal bahawa sudah waktunya tidur. Ini akan membantu Anda mendapatkan tidur nyenyak dan bangun segar di pagi hari.

5. Meningkatkan konsentrasi
Orang yang suka membaca akan memiliki otak yang lebih konsentrasi dan fokus. Melalui fokus ini, pembaca akan memiliki kemampuan untuk memiliki perhatian penuh dan praktis dalam kehidupan. Ini juga mengembangkan ketrampilan  dan mampu membuat keputusan dengan penuh berhemah

Jadi jangan hanya menghabiskan waktu berjam-jam untuk menonton televisyen atau bermain permainan komputer, tetapi juga luangkan waktu untuk membaca buku. Kebiasaan baik itu tidak hanya akan menyegarkan fikiran tetapi juga memberi manfaat untuk kesihatan dan kehidupan.


Kesimpulannya 


Menurut penelitian yang dilakukan oleh New York University mengatakan bahawa dengan membaca buku dapat meningkatkan kemampuan kita untuk lebih memahami perasaan orang lain. Sehingga dapat meningkatkan kualiti  hubungan yang lebih baik dengan orang-orang di sekitar kita.

Selain itu kajian  oleh Ohio State University menyatakan bahawa dengan membaca buku dapat membantu seseorang untuk mendapatkan motivasi dalam mengatasi pelbagai dugaan dan masalah, sehingga nanti dapat membantu dalam mencapai tujuan hidupnya. Pada saat seseorang dapat lebih mengidentifikasi karakter, pengalaman, serta pelbagai macam peristiwa yang seolah-olah hal itu sedang terjadi pada mereka, maka akan semakin besar kemungkinan bagi mereka untuk mengambil tindakan.

BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA




Cikgu Ahmad Nizam bin Dzulkifli ( Guru Penolong Kanan Pentadbiran ) merasmikan pelancaran KM1M



Pn. Sharifah binti Omar ( Guru Penolong Kanan HEM) turut serta semasa pelancaran KM1M


Pelajar Pra Sekolah sedang meembaca buku sebagai gimik pelancaran dan sebagai motivasi buat pelajar-pelajar lain.









Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts