Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Warga SKDA Kemalangan


Sememangnya malang tidak berbau dan tidak terjangka dek akal. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, warga SKDA dikejutkan dengan 3 kes kemalangan yang membabitkan pelajar dan juga guru. 

Pada petang 9 Mac yang lalu seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, iaitu Muhamad Asraff bin Abdul Razak dari kelas 5 Cemerlang telah terbabit dalam satu kemalangan ngeri di simpang empat berhampiran sekolah. Adik Muhd. Asraff segera dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut dan kini masih lagi dirawat di sana. Pihak sekolah dan PIBG telah bersepakat untuk mengadakan satu kutipan amal bagi meringankan beban keluarganya. Sama-samalah kita mendoakan semoga Adik Asraff segera sembuh seperti sediakala dan tabah mengharungi dugaan yang menimpa.





Keadaan Adik Asraff sehari selepas kemalangan.


Pada waktu yang hampir sama dengan kemalangan Adik Asraff, Cikgu Ashrul iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, turut terbabit kemalangan di Gemas. Kenderaan beliau gagal dikawal dan melanggar sebuah kereta. Walaupun demikian tiada kecederaan berlaku pada diri beliau dan keluarga.


Satu lagi kemalangan membabitkan Ustaz Mohd Amirullah berlaku pada 10 Mac. Beliau dalam perjalanan pulang dari sekolah telah terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Pondoi. Alhamdulillah, beliau juga tidak mengalami kecederaan meskipun kereta beliau agak teruk.

Semoga warga Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dilindungi Ilahi.


Share:

Perasmian AADK



Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor satu negara. Kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan di tahap membimbangkan. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku dalam kalangan golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan kini pelajar sekolah termasuklah murid sekolah rendah. Pada peringkat sekolah rendah, kegiatan menghidu gam merupakan penyalahgunaan dadah kecil yang dilakukan oleh mereka.

Justeru, pihak Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Pameran AADK di sekolah bagi membendung masalah yang semakin membimbangkan ini.

Pada 20 Februari 2017 yang lalu, Unit AADK sekolah telah mengadakan majlis Perasmian AADK. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En Ahmad Nizam bin Dzulkifli semasa perhimpunan rasmi sekolah.

Perasmian AADK oleh En. Ahmad Nizam bin Dzulkifli

Simbolik : Pembakaran bahan-bahan terlarang


Share:

Taklimat SKPMg2 Siri 3


Kemuncak kepada siri taklimat SKPMg2 adalah pada 27 Februari yang lalu. Dengan kerjasama SISP dan SIC Daerah Tampin bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris telah sempat meluangkan masa hadir ke Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah bagi membantu kami menjalankan satu penilaian berdasarkan pdpc yang dijalankan oleh rakan-rakan kami.

Kesempatan sebegini sangat penting bagi kami untuk memastikan bahawa kami benar-benar faham tengtang SKPMg2. Terima kasih kepada SISP dan SIC kerana hadir membantu kami dari pagi sehingga selesai waktu pdpc.










Kelihatan semua guru tekun dan berbincang dengan bersungguh-sungguh sepanjang sesi ini dilakukan.
Share:

Taklimat SKPMg2 Siri 2


Seusai PDPC pada 13 Februari yang lalu, kami warga pendidik Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah bersetuju untuk mengadakan satu lagi siri taklimat SKPMg2. Kali ini kami memfokuskan kepada pembinaan rancangan pengajaran bagi digunakan untuk penilaian kendiri pada Mac. 

Sehubungan dengan itu, kami telah berbincang mengikut panitia bagi mejalankan satu PLC khusus untuk membina rancangan pengajaran yang menepati kehendak SKPMg2 kerana kami berasa peripentingnya pengetahuan ini bagi memajukan diri dalam aspek pdpc yang sesuai dengan masa kini.









Daripada gambar-gambar di atas jelas menunjukkan betapa guru-guru Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah sangat komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk anak bangsa. Semoga jasa-jasa guru dibalas dengan kejayaan gemilang anak-anak SKDA.

Share:

Taklimat SKPMg2 Siri 1


Pada 6 Februari yang lalu, Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah mengirak langkah awal dalam memberikan informasi awal tentang Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang ke-2 (SKPMg2).

Dalam taklimat SKPMg2 Siri pertama ini, para guru didedahkan dengan gambaran awal tentang perubahan SKPM terkini jika dibandingkan dengan yang sebelum ini. 

Selain itu juga, dalam taklimat kali ini, kami sepakat untuk mengadakan Siri 2 pada 13 Februari nanti.


Puan Russita binti Latip selaku Guru Besar  Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah sedang menyampaikan taklimat kepada semua guru.




Semua bahan taklimat SKPMg2 boleh didapati di sini

Share:

Gotong-royong Menceriakan Kawasan Kantin



Pada 8 Mac 2017, satu rotong-royong menceriakan kantin telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah. Gotong-royong ini membabitkan barisan staf sekolah, PIBG, PIBK, pihak kantin dan juga para pelajar.

Sebelum berlangsungnya aktiviti ini, beberapa mesyuarat khas telah dijalankan bagi perbincangan untuk agihan kerja dan belian barang-barang.

Setelah semua perbincangan selesai, maka pada tarikh keramat ini, kami berganding bahu, ibarat satu keluarga besar untuk menjadikan kantin kami sebagai satu tempat yang selesa khususnya kepada anak-anak SKDA. 

Semoga dengan kantin yang ceria, bukan sahaja membantu kepada keceriaan sekolah, malahan semoga kantin SKDA ini menjadi kantin contoh untuk semua. 

Doakan semoga kantin kami memenangi pertandingan kantin ceria ye...











Share:

Program Perasmian Nilam

Sekolah Rendah Kebangsaan Datuk Abdullah, 6 Mac 2017- Pelancaran Program Nilam telah dirasmikan dengan penuh gemilang oleh Guru Besar, Puan Russita binti Latip di Perhimpunan Rasmi Sekolah.





Program tersebut merupakan suatu aktiviti tahunan bagi menarik minat murid dengan menjadikan buku sebagai teman walau di mana sahaja berada. Seperti tahun sebelum ini, program Nilam ini akan melibatkan semua murid dan bahan bacaan juga akan dipertingkatkan dari segi mutu dan kuantiti.

Berikut murupakan tahap yang akan dinilai sepanjang Program Nilam ini berlangsung.

TAHAP JAUHARI

Jumlah Bacaan Pengiktirafan

90-179 Gangsa
180 - 269 Perak
270 - 359 Emas
360 - keatas Nilam


Ibu bapa atau waris yang berminat untuk menyumbangkan bahan bacaan juga amat dialu-alukan untuk berbuat demikian.

Semoga program yang dirancang akan membantu meningkatkan prestasi murid dalam pencapaian akal dan akhlak seterusnya menjana minda bestari yang dihajatkan.

Sekitar majlis Perasmian Nilam

Perarakan Masuk 
Pustakawan menyampaikan syair tentang Nilam



Gimik Perasmian






Pukulan Gong



Ucapan Perasmian oleh Guru Besar, Pn Russita binti Latip 


Share:

Program Kesihatan Bersama Milo

Program Kesihatan Bersama Milo ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, Gemencheh pada 22 Februari 2017 yang lalu.. Salah satu aktiviti yng dijalankan adalah senamrobik yang menghimpunkan semua guru dan  murid serentak pada pukul 7.40 pagi.. Senamrobik yang diketuai oleh abg Milo, (tak tau nama sebenarnya,. hehe) telah berlangsung selama sejam..taraaaaa.



Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts