Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2020

19 Januari 2020 - Kejohanan Sukan Tahunan bagi SKDA

Secara keseluruhannya, kejohanan telah berjalan dengan jayanya..alhamdulillah..walaupun adanya dugaan serangan lebah semasa sesi latihan dijalankan. agaknya, ni sabotaj dari rumah kuning erk..kiki..

Tak pun..lebah datang bagi semangat pada rumah kuning, kan..kan..kann...Sebab tu menang, hahaha..Rumah lain jangan marah tau..ni rezeki yang rumah kuning tak jangka dan jauh dari sangkaan yang benar belaka. Masa akan datang, rezeki berpihak pada rumah lain, betul tak..kan markah pun tak jauh beza tu..

Terima kasih kepada Tuan Saiful Adly, Penyelaras DUN Gemencheh atas kesudian beliau hadir dan memberikan sumbangan kepada pemenang.

Terima kasih kepada Pn. Rashidah binti Othman (Wakil Pegawai PPD),  En Rosli bin Yatim (YDP PIBG) dan semua ibu bapa yang sudi hadir semasa kejohanan tersebut.

Jomm, tengok gambar sepanjang kejohanan berlangsung..

Johan Perbarisan




Ucapan daripada Tn Saiful Adly

YDP PIBG, En Rosli bin Yatim


























Tahniah diucapkan kepada pemenang.. jangan berputus asa pada yang tiada rezeki.. tahun depan, boleh cuba lagi.

Sukan, menyatukan kita semua..
Share:

MERENTAS DESA 2020

11 Januari 2020 - Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah.

Alhamdulillah..program ini telah berjalan dengan jayanya..

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak IPD Tampin atas kerjasama yang diberikan dalam kejohanan ini.


Taklimat diberikan kepada semua murid yang menyertai Kejohanan Merentas Desa 2020










Share:

KEMBALI KE SEKOLAH 2020

2 Januari 2020 - Permulaan baru bagi sesi persekolahan 2020.

Semoga tahun ini akan membawa seribu kebaikan buat warga sekolah. Buat murid baharu di sekolah ini, selamat datang kami ucapkan.

Semoga kalian semua akan menjadi insan hebat pada suatu hari nanti.

Jom kita doa yang baik-baik untuk permulaan kali ini.. Semoga yang datang kepada kita pun, yang baik-baik sahaja pada masa akan datang, aamiin..

Pn. Sharifah binti Omar, mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah.












PSS kita, lambat bersiaran kali ini,hehe.. jangan marah naa
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts