Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

Majlis Pelancaran Nilam 2018

Nadi Ilmu Amalan Membaca atau lebih dikenali dengan singkatan Nilam sememangnya cukup sinonim dengan murid-murid. Program Nilam ini merupakan salah satu program dalam usaha menerapkan sikap suka membaca dikalangan murid-murid. 

Jika sebelum ini hanya melibatkan guru bahasa sahaja, namun ianya mula berubah dengan adanya Nilam Tambah Baik yang mula dijalankan sepenuhnya pada tahun ini. Bagi menyemarakkan lagi sikap membaca di kalangan murid, SKDA telah melaksanakan Majlis Pelancaran Program Nilam pada 29 Januari 2018. Majlis kali ini telah dirasmikan oleh En Amir Amran bin Mohd Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gemencheh.

Diharapkan dengan adanya pelancaran ini, murid-murid akan mempunyai kesedaran tentang kepentingan membaca untuk menguasai sesuatu ilmu. Bak kata yang selalu kita dengar, membaca jambatan ilmu. 























Share:

Majlis Budi Disanjung Bakti Dijunjung

Hari ini menyaksikan dua orang warga sekolah akan meninggalkan SKDA. Salah seorang daripadanya adalah Pn Norhaida binti Ibrahim yang merupakan Guru Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah ini. Beliau telah menabur jasa di SKDA selama 2 tahun. Perpindahan beliau ini merupakan perpindahan setara di antara Guru Bimbingan di daerah Tampin. Walaupun telah mula berkhidmat di sekolah yang baru iaitu SK Pasir Besar, namun beliau sanggup meluangkan masa untuk hadir ke SKDA bagi meraikan majlis bersalaman dengan murid. 

Kisah ini tidak tamat di sini.. warga kedua yang akan meninggalkan SKDA adalah seorang pekerja yang berdedikasi dengan khudrat yang beliau ada. Beliau bukanlah sesiapa dalam dunia perguruan, namun khidmat baktinya amat dihargai oleh semua. Beliau yang dimaksudkan adalah En Zainudin bin Ripin yang merupakan pekera am di sini. Beliau yang mesra disapa En Din telah menamatkan perkhidmatannya di SKDA. Walaupun bukanlah seorang guru, namun persaraan En Din telah diraikan oleh seluruh warga SKDA. 

Dengan tema berbaju Melayu lengkap bagi guru lelaki dan berjubah bagi guru wanita, kedua-dua warga SKDA ini telah diraikan dengan jayanya. Diharapkan agar kedua-dua mereka akan lebih berjaya dan sukses walau pun dimana berada.
 
Buat warga SKDA yang masih setia di sini, marilah kita bersama berganding bahu dalam memajukan setiap pencapaian bagi menaikkan nama SKDA. Setiap tenaga dan sumbangan yang ditaburkan, insyaAllah akan mendapat impak yang positif..Aamiin..












Share:

Tiada Rezeki Kita Tahun Ini, Cuba Lagi Tahun Hadapan


Dengan Skuad Projek 2019 di bawah kendalian Jurulatih Ustaz Badrustamam, skuad Ping pong SKDA telah diberi pendedahan awal dengan menyertai Kejohanan Ping Pong MSSD Daerah Tampin. Sememangnya tiadalah sasaran tinggi diletakkan di bahu mereka kerana mereka masih lagi belum berpengalaman dan masih mentah. Semoga anak-anak ini gigih meneruskan latihan bagi mencapai sasaran terbaik pada 2019 nanti. Majulah Sukan Untuk SKDA.

Berswafoto kita dulu..



Share:

Berbudi Kepada Tanah Oleh Anak-anak PPKI


Berbudi kepada tanah merupakan satu amalan mulia. Selain daripada kita dapat menikmati hasil  tanaman sendiri, bertani juga merupakan satu riadah yang sangat baik untuk kesihatan. Pada awal tahun ini anak-anak PPKI SKDA dengan dibantu oleh Cikgu Rosnani telah memulakan usaha murni bercucuk tanam. Kerja-kerja memrumput, membatas dan menanam dilakukan sepenuhnya oleh anak-anak PPKI kita. 
Semoga hasilnya subur dan juga semoga ilmu bertani ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh anak-anak kita ini. 


Share:

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan supaya semua sekolah hendaklah melaksanakan pemakaian pakaian kokurikulum setiap minggu pada hari persekolahan dan menganjurkan perhimpunan kokurikulum pada setiap bulan.
Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum pada setiap hari Rabu waktu persekolahan.
Bagi menyahut seruan ini, Unit Kokurikulum SKDA telah menganjurkan perhimpunan bulanan kokurikulum kali pertama pada 24 Januari bagi tahun 2018 ini. Perhimpunan ini telah dikendalikan oleh Badan Unit Beruniform Pengakap SKDA.
Antara tentatif sepanjang perhimpunan tersebut ialah:
* Bacaan doa
* Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah.
* Bacaan ikrar
* Laporan guru bertugas
* Penyampaian sijil









Share:

Syabas Atlit Merentas Desa



Pada 23 Januari yang lalu, di bawah program Kokurikulum, SKDA telah menghantar pasukan merentas desa ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat PPD Tampin yang bertempat di SMK Bukit Jalor. Seramai 11 orang pelajar telah dipilih mewakili sekolah. Tahniah kepada Adik Iezzana kerana telah mendapat tempat ke-9 dalam kejohanan ini. Diharapkan semoga lebih banyak lagi kejayaan akan dicapai dalam beberapa lagi kejohanan yang akan diadakan nanti.



Share:

Lori Milo Datang!!

Minum milo anda jadi sihat dan kuat..
Itulah tag line yang sering kita dengar di kaca televisyen. Dengan kedatangan pihak Milo ke SKDA hari ini, bukan sahaja menceriakan pagi murid-murid, bahkan guru-guru turut teruja. 
Kedatangan ini merupakan kali pertama buat tahun 2018, dan siapa tahu mungkin ada sesi kedua dan ketigakan,hehe..
Orang kata, air milo yang dihidangkan dari lori ni, lain rasanya.. Lebih pekat dan lebih umphhhh..Apa lagi, murid pun beratur panjang untuk menikmati air milo yang sememangnya 'legend' ini.. Bukan murid sahaja, guru pun sama, tidak mahu ketinggalan.. Siapa cepat, dia dapat..Yang lambat, terkulat-kulat..
Alhamdulillah..terima kasih pada pihak milo..lain kali, sudilah datang lagi.. 







Share:

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 2018


Pada 22 Januari, satu majlis ringkas penyampaian Watikah Pelantikan bagi Ketua dan Penolong Ketua Kelas, Pustakawan dan Pengawas Sekolah bagi Sesi 2018 telah diadakan. Dalam majlis ini semua pelajar terpilih telah diberikan Watikah Pelantikan yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Kurikulum.

Seusai penyerahan sijil, pelajar-pelajar yang dilantik ini telah melafazkan ikrar untuk berkhidmat dengan penuh rasa tanggungjawab. Semoga anak-anak kita yang dilantik ini dapat menjalankan tugas dengan baik dalam membantu para guru melicinkan perjalanan pengurusan sekolah.
Share:

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)



Ayuh kita ambil masa kita untuk mengingat kembali konsep dan pelaksanaan PBS di sekolah bagi mematapkan lagi pemahaman kita dan seterusnya dapat kita jalankan PBS ini secara terancang dan sistematik.


















Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts