Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Selamat Kembali Ke Sekolah

2 Januari 2018 merupakan hari pertama persekolahan bagi tahun 2018. Mungkin juga hari pertama buat anak-anak Tahun 1 menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah.

Kami warga SKDA menyambut anak-anak dengan tangan terbuka. Semoga pada tahun 2018 ini, menghadirkan lebih banyak kejayaan buat seluruh warga SKDA.

Bagi hari pertama ini, pihak sekolah telah membuat sambutan dengan menunggu pelajar di pintu pagar sekolah. Turut serta wakil PIBG. Selain itu, satu perhimpunan ringkas diadakan bagi memberi kata-kata motivasi buat semua pelajar.

Seusai perhimpunan, semua pelajar masuk ke kelas dan sesi PDPC terus berjalan memandangkan segala urusan pembelian buku telah dilaksanakan pada 28 dan 29 Disember yang lalu.

Sekali lagi marilah kita mendoakan semoga SKDA terus melakar sejarah manis dalam segala bidang.

Barisan guru SKDA 2018

GPK HEM bersama guru kelas Tahun 1 begitu tekun melayan karenah anak-anak Tahun 1

Suasana hari pertama di Pra Sekolah

Anak-anak Tahun 1 dilatih untuk berdisiplin dan berdikari membeli makanan di kantin

"Selamat Datang Semua" agaknya itulah ayat yang diperkatakan oleh semua ni..

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts