Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


FAMILY DAY SKDA 2018

Assalamualaikum wbt...korang-korang yang tengah baca ni, sihat tak? Admin, alhamdulillah sihat.. Mana taknya, hari tu dah bersenam, makan pulak vitamin C..perghhh...syukur pada nikmat yang Allah berikan pada kita semua..Sihat tu satu nikmat yang terindahkan..tak semua orang akan dapat nikmat yang sama..Jadiii, kita kena bersyukur atas apa yang telah dikurniakan pada kita.. hehe, jadi ustajah pulak kita kali ni...

Kalau korang nak tau, warga SKDA telah selamat ber Hari Keluarga pada 13 dan 14 Oktober 2018 yang lalu. Tempatnyaaa..korang nak tau tak?  Tak payahlah kan.. ehh, macam lah best sangat admin nak berahsia-rahsia sangatkan, hahaha... tapi, memang best pun.. Sebabnya,program  Hari Keluarga kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 161 warga keluarga di suatu tempat, Impian Morib Hotel, Banting, Selangor. Ramaikan...

Haaa...tujuan Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama warga SKDA. Walaupun dah jumpa hari-hari, tapi adakalnya tak dapat nak bersapa mesra,, al-maklumlah, bila kat tempat kerja ni, masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing..admin je yang tak sibuk, tapi selalu buat-buat bizi..wahh, winnya ayat admin, hehe..

Apapun, tahniah diucapkan kepada Team Kemuda kerana berjaya mengendalikan program seperti ini. Diharapkan agar program ini akan berterusan dan akan ditambah baik dari masa ke semasa. Admin selaku salah seorang ajk pelaksana, memohon maaf sekiranya ada yang terkurang semasa kita ber"Hari Keluarga" ini. Segala yang baik adalah kurniaanNya.. mana-mana yang tak baik dan terkurang tu, admin harap ahli Kemuda dan keluarga telah buang jauh dalam dasar laut Morib, hehe.. Berilah ajk Kemuda mengemudi kapal dengan baik dengan adanya kerjasama daripada semua pihak.. Sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan, bolehlah diutarakan pada ajk Kemuda.


Acara Sukaneka..suka-suka je..







Kolam sentiasa penuh dengan anak-anak comel..











Jamuan Makan Malam







Acara mengurangkan air dalam kolam..
dikhuatiri air tinggal separuh bila ahli keluarga SKDA dah naik atas..
hehe..jangan marah naa.kalau marah,.nanti kita jual...









Suami-suami ahli keluarga ambil masa untuk berbola tampar gitu..

  

Diharapkan agar setiap program yang dirancang oleh ajk Kemuda akan dapat dilaksanakan dengan baik pada masa akan datang..aamiin...
Share:

HARI SUKAN NEGARA SKDA 2018

Hollaaa...u all semua minat sukan tak???  Admin suka sangat2 sukan ni..tapi, tengok je la, hehe... Bukan apa, admin banyak tak tahu pasal sukan ni..cetek sangat, walaupun dah jadi cikgu, huhu..u all  percaya tak, heeee...

Ok lah..kalau baca kat tajuk, mesti dah taukan..haa, gitu lah deh..Pada tahun ini, Hari Sukan Negara telah dilaksanakan secara serentak di semua negara pada 13 Oktober 2018. SKDA pun tidak ketinggalan tau buat Hari Sukan Negara ni... Ye lah, benda baikkan... haruslah kita ikut, ye tak? Sebenarnya, tujuan Hari Sukan Negara ini adalah untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai  satu negara yang mempunyai rakyat yang menjadikan sukan sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka. Haa, kan elok tu..

Selain itu, program ini juga dapat  memberikan kesedaran kepada semua golongan bahawa sememangnya bersukan itu amat penting bagi mengekalkan kesihatan yang optimum. Sooo, kalau nak sihat, jom kita bersenam selalu..ingat tu...

Check it out...


Senamrobik..seronok laaa...












Acara Sukaneka








Harapnya, warga SKDA akan menjadi warga yang bertangungjawab untuk menjaga kesihatan pada masa akan datang. Di doakan juga agar warga SKDA dan u all yang sedang membaca ni akan dikurniakan kesihatan yang baik. aamiin...

Share:

PERKHEMAHAN SKDA 2018

Aktiviti berkhemah merupakan aktiviti tahunan yang sentiasa mendapat tempat di hati murid-murid SKDA. Admin yakin, bukan sahaja murid SKDA tetapi murid-murid diluar sana pun pastinya turut teruja apabila adanya aktiviti perkhemahan yang diadakan. Begitulah juga reaksi murid tahun 4 dan 6 di sekolah admin, namun hanya murid tahun 6 sahaj yang diberi keutaam untuk menyertai perkhemahan ini. Tak apalah kan, tahun-tahun akan datang, giliran adik-adik pula. Sekarang ni, bagi can lah pada kakak cantik dan abang hensem yang dah habis UPSR tu, hehe...

Untuk pengetahuan semua, perkhemahan ini telah dilaksanakan dengan jayanya selama 2 hari 1 malam iaitu  pada 5 dan 6 Oktober 2018. Perkhemahan pada kali ini melibatkan seramai 67 orang peserta. Alhamdulillah, semua aktiviti yang telah dirancang dalam setiap slot telah berjaya dilaksanakan dengan adanya kerjasama daripada setiap ajk pelaksana. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua ajk yang terlibat. Sesungguhnya, jasa kalian amatlah berharga. Jom kita terjah sepanjang aktiviti djalankan...


Aktiviti Mendirikan Khemah







Guru Menyediakan Makanan Tengahari Dengan Bantuan AJK PIBG








Jungle Tracking Dan Masakan Rimba






















Malam Kebudayaan













Pengacara Jemputan



Aktiviti Barbeku




Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah















Aktiviti Pembersihan




Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan murid, guru, pihak PIBG dan komuniti sekeliling. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah.. Mana-mana yang kurang baik adalah kelemahan kita dan akan cuba diperbaiki pada masa akan datang.. aamiin..
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts