Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


FAMILY DAY SKDA 2018

Assalamualaikum wbt...korang-korang yang tengah baca ni, sihat tak? Admin, alhamdulillah sihat.. Mana taknya, hari tu dah bersenam, makan pulak vitamin C..perghhh...syukur pada nikmat yang Allah berikan pada kita semua..Sihat tu satu nikmat yang terindahkan..tak semua orang akan dapat nikmat yang sama..Jadiii, kita kena bersyukur atas apa yang telah dikurniakan pada kita.. hehe, jadi ustajah pulak kita kali ni...

Kalau korang nak tau, warga SKDA telah selamat ber Hari Keluarga pada 13 dan 14 Oktober 2018 yang lalu. Tempatnyaaa..korang nak tau tak?  Tak payahlah kan.. ehh, macam lah best sangat admin nak berahsia-rahsia sangatkan, hahaha... tapi, memang best pun.. Sebabnya,program  Hari Keluarga kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 161 warga keluarga di suatu tempat, Impian Morib Hotel, Banting, Selangor. Ramaikan...

Haaa...tujuan Hari Keluarga ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama warga SKDA. Walaupun dah jumpa hari-hari, tapi adakalnya tak dapat nak bersapa mesra,, al-maklumlah, bila kat tempat kerja ni, masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing..admin je yang tak sibuk, tapi selalu buat-buat bizi..wahh, winnya ayat admin, hehe..

Apapun, tahniah diucapkan kepada Team Kemuda kerana berjaya mengendalikan program seperti ini. Diharapkan agar program ini akan berterusan dan akan ditambah baik dari masa ke semasa. Admin selaku salah seorang ajk pelaksana, memohon maaf sekiranya ada yang terkurang semasa kita ber"Hari Keluarga" ini. Segala yang baik adalah kurniaanNya.. mana-mana yang tak baik dan terkurang tu, admin harap ahli Kemuda dan keluarga telah buang jauh dalam dasar laut Morib, hehe.. Berilah ajk Kemuda mengemudi kapal dengan baik dengan adanya kerjasama daripada semua pihak.. Sekiranya ada cadangan untuk penambahbaikan, bolehlah diutarakan pada ajk Kemuda.


Acara Sukaneka..suka-suka je..







Kolam sentiasa penuh dengan anak-anak comel..











Jamuan Makan Malam







Acara mengurangkan air dalam kolam..
dikhuatiri air tinggal separuh bila ahli keluarga SKDA dah naik atas..
hehe..jangan marah naa.kalau marah,.nanti kita jual...









Suami-suami ahli keluarga ambil masa untuk berbola tampar gitu..

  

Diharapkan agar setiap program yang dirancang oleh ajk Kemuda akan dapat dilaksanakan dengan baik pada masa akan datang..aamiin...
Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts