Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


PERKHEMAHAN SKDA 2018

Aktiviti berkhemah merupakan aktiviti tahunan yang sentiasa mendapat tempat di hati murid-murid SKDA. Admin yakin, bukan sahaja murid SKDA tetapi murid-murid diluar sana pun pastinya turut teruja apabila adanya aktiviti perkhemahan yang diadakan. Begitulah juga reaksi murid tahun 4 dan 6 di sekolah admin, namun hanya murid tahun 6 sahaj yang diberi keutaam untuk menyertai perkhemahan ini. Tak apalah kan, tahun-tahun akan datang, giliran adik-adik pula. Sekarang ni, bagi can lah pada kakak cantik dan abang hensem yang dah habis UPSR tu, hehe...

Untuk pengetahuan semua, perkhemahan ini telah dilaksanakan dengan jayanya selama 2 hari 1 malam iaitu  pada 5 dan 6 Oktober 2018. Perkhemahan pada kali ini melibatkan seramai 67 orang peserta. Alhamdulillah, semua aktiviti yang telah dirancang dalam setiap slot telah berjaya dilaksanakan dengan adanya kerjasama daripada setiap ajk pelaksana. Syabas dan tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua ajk yang terlibat. Sesungguhnya, jasa kalian amatlah berharga. Jom kita terjah sepanjang aktiviti djalankan...


Aktiviti Mendirikan Khemah







Guru Menyediakan Makanan Tengahari Dengan Bantuan AJK PIBG








Jungle Tracking Dan Masakan Rimba






















Malam Kebudayaan













Pengacara Jemputan



Aktiviti Barbeku




Majlis Penutup Dan Penyampaian Hadiah















Aktiviti Pembersihan




Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan ukhuwah dikalangan murid, guru, pihak PIBG dan komuniti sekeliling. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah.. Mana-mana yang kurang baik adalah kelemahan kita dan akan cuba diperbaiki pada masa akan datang.. aamiin..
Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts