Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


HARI KELUARGA SKDA 2019

Helooo gais..apa khabar...ni hao ma..n'ee eppadi irukkiRay..annyeonghaseyo..kabare..aga kareba..
Waaa, perpaduan soalan adminkan..Sesuai sangat dengan tajuk pengisian kita hari ini yang berkisar tentang hari keluarga. Untuk makluman, Kelab Muafakat SK Datuk Abdullah telah menganjurkan Hari Keluarga pada 12 dan 13 Oktober 2019 lalu yang bertempat di Glory Beach Resort, Port Dickson.
Objektif hari keluarga kita iaitu untuk memberikan ruang kepada staff dan guru-guru untuk melakukan aktiviti bersama dalam pengisian masa yang dirancang di samping saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.
Jom kita lihat wajah-wajah keriangan sepanjang program dijalankan.


Aktiviti Sukaneka








Jamuan Makan Malam





Aktiviti Riadah







Semoga ikatan ukhuwah antara semua ahli Kemuda akan terus berkekalan..aamiin..
Share:

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2019

Assalamualaikum wbt...buat apa tu? Lama kita tak bersiarankan..harapnya korang sihatlah hendaknya. Admin sentiasa doakan pada sesiapa sahaja yang baca, terbaca, terjumpa tanpa sengaja blog SKDA ini akan sentiasa dalam rahmat Allah, aamiin..

Untuk makluman semua, SKDA telah berjaya melaksanakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan pada 21 September 2019 yang lalu. Sepanjang sambutan Bulan Kemerdekaan, pelbagai aktiviti telah dianjurkan sebagai tanda semangat kita cinta akan negara kita ni. Selama ni, bukanlah tak cinta, cuma ini salah satu cara kita menzahirkan perasaan yang jarang kita tunjuk. Ye tak.. Setuju tak dengan admin ni?

Jom kita lihat warna warni sambutan kemerdekaan di SKDA..



Aktiviti pagi dimulakan dengan Senamtari. Aktiviti ini telah disokong oleh SARANA sekolah.








SKDA : bergambar berpisah tiada, kiki


Pertandingan topi merdeka..tak sangka, kreatif sangat warga SKDA ni..tak caya, tengoklah sendiri..

































Pertandingan pakaian sempena kemerdekaan pulak..yang ni, ramai lawaaaa..cam artis gitewww..

















Majlis penutup disempurnakan oleh Ydp PIBG, En. Rosli bin Yatim




Majlis Penyampaian Hadiah kepada semua pemenang..tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya..pada yang tak menang, jangan berdukacita..tahun depan ada lagikan..bole cuba..







Dalam gambar seronok je kann..kat luar pun, seronok juga tauu..meriah la dengan warna warni yang ceria, hehe..sehingga berjumpa lagi di masa akan datang..

Ps : 

Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari kehidupan baru..

Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang kurang  tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur dan belajar daripada kurniaNya..

Sedarlah bahawa orang yang hadir dalam hidup kita merupakan cerminan dalam diri kita..
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts