Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


LORI MILO 2019

Sebut sahaja lori milo datang, pasti bersorak satu sekolah...kannn...kannn...ye tak..
Sebab admin pun, sukaaaaa dengan milo kat lori ni..entah kenapakan, rasa dia tu lain matchammm..ada umphhh gitu..

Lori milo tu datang lebih kurang pada pukul 11 pagi..haa, memang kena dengan tekak la kan..da hari panas-panas camtu, memang laju je minumkan..sedap weiii..rugi korang tak rasa..

Jom kita tengok ragam murid-murid..bukan murid je tau, cikgu-cikgu pun sama naiknya,hehe...













Bestkannn...

ok,bhai...

P/s: Tak semestinya benda yang kita suka, akan jadi milik kita..Mungkin kita dapat lain sedikit dari yang kita mahu, tapi ajarkan hati untuk redha..Mungkin itu yang terbaik buat kita..Manatau..masa-masa akan datang kita bole dapat apa yang kita mahukan, kot-kot la bila tunggu da lama sangat sampai la 17 tahun,akhirnya bole dapat...kiki
Share:

SOLAT HAJAT & BACAAN YAASIN PERDANA 2019

Assalamualaikum wbt...

Sihat semuanya...admin doakan semua berada dalam keadaan sihat hendaknya..hari baik, eloklah kita doa yang baik-baikkan..

Untuk pengetahuan semua, Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Perdana 2019 telah berjaya dilaksanakan pada 22 Ogos 2019. Majlis ini diadakan dengan tujuan mengharapkan semua yang baik-baik untuk murid yang bakal menduduki UPSR dan UPKK 2019. Sama-samalah kita doakan agar murid-murid ini diberi kelapangan dada semasa menjawab soalan dan akan beroleh kejayaan, aamiin..

Berikut adalah gambar sepanjang majlis diadakan.

Sesi pendaftaran































Diharapkan agar murid-murid ini dan kita semua akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat..aamiin..

P/s : Buat baik pada orang yang buat tak baik pada kita..InsyaAllah, kita akan dapat ketenngan 

Share:

PERASMIAN HARI MERDEKA 2019

Assalamualaikum wbt..

Haiii...

Buat apa tuuu..

Bergolek la tu kan.. Nak cari-cari maklumat..eh eh, terjumpa pulak blog SKDA ni,hehe

Baiklahh.. takyah banyak intro la kan..terus je bagitau isntisari kita pagi ni..

Untuk makluman pengunjung sekalian, pada tarikh ni iaitu  19 Ogos 2019, satu Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan selepas perhimpunan rasmi sekolah.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh En. Othman bin Hashim, Guru Besar SK Datuk Abdullah.

Sepanjang sambutan bulan kemerdekaan, pelbagai aktiviti yang akan dipertandingkan. Antaranya, pertandingan Payung Merdeka, Pertandingan Pakaian Tradisional dari surat khabar, pertandingan Topi Kemerdekaan, pertandingan Mewarna dan pertandingan Kelasku Patriotik.

Objektif sambutan bulan kemerdekaan ini adalah untuk menyambut dan meraikan Kemerdekaan negara kita iaitu pada 31 Ogos setiap tahun. Tema sambutan pada kali ini adalah "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih". Tema ini menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama. Selain itu, tema ini juga boleh memupuk dan menyalakan nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi.

Sepanjang perasmian yang telah dilancarkan pagi tadi, banyak moment-moment indah yang telah dirakam. Mari kita saksikan detik indah yang bersejarah buat semua warga SKDA.

Pengacara bertugas

Ucapan Perasmian

Gimik Perasmian





Nyanyian lagu-lagu patriotik



Barisan guru dan staf SKDA


Jejaka perasan ensem..kiki

Sibuk nak bergambar

Cingu-cikgu manis di SKDA

Geng lawa-lawa di SKDA..yeeehaaa





Diharapkan agar setiap pertandingan yang akan dipertandingkan nanti, akan mendapat sambutan daripada semua warga sekolah..

Aaminn..

p/s : Jika kita menginginkan sesuatu, doalah untuk orang lain tanpa orang tu tahu..soo, jom kita doakan orang lainn..

Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts