Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Tahniah Buat Peserta Pidato

Setelah mencuba untuk tahun kedua, maka akhirnya Adik Natasya Abd Rahim berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Pertandingan Pidato Daerah Tampin. Semoga kejayaan ini memberi tonik berharga buat Natasya untuk terus cemerlang pada masa akan datang. Tahniah dan syabas juga buat Cikgu Suhaini selaku Jurulatih.
Share:

Lambaian Perpisahan Buat Cikgu Norzehan

Datang dan pergi atas khidmat tugas adalah lumrah bagi seorang guru. Walaupun timbul perasaan sedih namun atas khidmat yang diperlukan, maka akurlah kita. Begitu juga buat Puan Norzehan yang telah dinaikkan pangkat menjadi GPK Kokurikulum SK Sungai Kelamah.

Beliau yang telah 22 tahun berkhidmat di SKDA akan meneruskan khidmat bakti cemerlangnya di sekolah baru dengan jawatan baru. Untuk itu, pada 16 Mac yang lalu, satu majlis ringkas bersama pelajar telah diadakan. Insya Allah majlis khusus akan dilakukan pada ketetapan yang akan dinyatakan kelak. Terima kasih atas segala jasa bakti yang dicurahkan sepanjang berada di SKDA. SKDA menghargai segalanya.











Share:

Tahniah Pasukan Boling SKDA

Pada 13 Mac yang lalu, SKDA telah menghantar pasukan boling sekolah ke pertandingan boling peringkat MSSD Tampin. Sebelum pertandingan ini berlangsung, beberapa siri ltihan telah dijalankan di Pusat Boling MITC Melaka.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta dan guru yang samggup bersusah-payah menguruskan peserta. tahniah juga kepada peserta yang berjaya memperolehi pingat dalam pertandingan ini. Semoga pasukan boling SKDA akan terus cemerlang pada masa akan datang.


Naib Johan Kategori Perempuan : Khairin Nasuha

Naib Johan Kategori Lelaki : Adib Helmi

Tempat Kelapan Kategori Lelaki: Zaim Junaide


Sempat bergambar kenangan


Sabar menunggu kereta api untuk pulang. 
Terima kasih cikgu Amer Husaini dan Teacher Myzatul Sarah atas khidmat bakti anda.

Share:

MTQ 2018, Tahniah dan Syabas

Pada 10 Mac yang lalu. Bertempat di SMK Gemas, MTQ bagi daerah Tampin telah dijalankan. Pelbagai acara dipertandingkan. Syabas dan tahniah kepada pasukan MTQ SKDA kerana berjaya meraih tempat dalam pertandingan ini. Berikut adalah senarai keputusannya:


  1. Nur Iman Sofiya - Johan hafazan perempuan.
  2. Harith Safwan -  Naib Johan Hafazan lelaki 3 tahun berturut.
  3. Nurun Nafeesah - ketiga tilawah perempuan.
  4. Ikram Shakir - ketiga tilawah lelaki.
  5. Salina - ketiga khat perempuan.
  6. Pasukan kompang selawat - tempat kelima.
  7.  Nur Ikhwan- tulisan khat yang cantik
Tahniah kepada pemenang, semoga untuk tahun yang akan datang,kita akan meneruskan kecemerlangan kita. Tahniah kepada Panitia PAI dan Bahasa Arab kerana atas usaha gigih anda, maka kejayaan ini terhasil. Tahniah semua.








Share:

Model Kereta : Aktiviti Gunting dan Tampal


Kali ni Admin nak kongsi satu set bahan untuk Pendidikan Seni. Mesti pelajar suka. Caranya mudah saja. Simpan gambar-gambar ni. Kemudian "print". Bagi kepada pelajar untuk diguntingkan dan tampal supaya menjadi set kereta yang cantik dan lengkap. Jom cuba...

















Share:

Pemeriksaan Kesihatan Tahun 1

Secara umumnya, ramai yang takut untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. Agaknya, begitu jugalah perasaan anak-anak tahun 1 di mana mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan pada 6 dan 7 Mac 2018. 
 Pemeriksaan Kesihatan ini telah dijalankan oleh Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Gemencheh. Pemeriksaan fizikal, pemeriksaan mata dan imunisasi telah diberikan dan mendapat kerjasama daripada murid-murid. Namun begitu, ada juga murid yang menangis ketakutan  apabila suntikan imunisasi hendak diberikan. Perkara sebegini seringkali berlaku seperti yang dimaklumkan sendiri oleh Pegawai Kesihatan yang bertugas.




















Share:

Taklimat Peningkatan Penggunaan VLE Dalam Kalangan Murid, Ibu Bapa dan Guru 2018

Pada 5hb Mac, satu taklimat daripada UniCLIQ telah dijalankan di sekolah. taklimat khusus berkenaan VLE ini telah disampaikan oleh wakil UniCLIQ sendiri iaitu Encik Muhammad Farhan bin Norman. SKDA merupakan destinasi pertama yang telah dipilih oleh UniCLIQ bagi daerah Tampin untuk menyampaikan taklimat Peningkatan Penggunaan VLE dalam kalangan Ibu Bapa, Murid dan Guru.

Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memperkenalkan beberapa tools tambahan yang terdapat di dalam VLE dan juga sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan lagi penggunaan VLE untuk semua pihak.

Taklimat bermula pada pukul 9.00 pagi. Sesi pertama ini adalah untuk ibu bapa dan pelajar tahun 4,5 dan 6. Taklimat ini disampaikan di dewan sekolah.  Sementara untuk guru pula telah disampaikan dalam sesi 2 iaitu pada pukul 10.30 pagi di Makmal Komputer.

Diharapkan dengan adanya pendedahan sebegini maka akan berlakunya peningkatan dalam penggunaan VLE di SKDA. SKDA Boleh!!








Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts