Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Majlis Budi Disanjung Bakti Dijunjung

Hari ini menyaksikan dua orang warga sekolah akan meninggalkan SKDA. Salah seorang daripadanya adalah Pn Norhaida binti Ibrahim yang merupakan Guru Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah ini. Beliau telah menabur jasa di SKDA selama 2 tahun. Perpindahan beliau ini merupakan perpindahan setara di antara Guru Bimbingan di daerah Tampin. Walaupun telah mula berkhidmat di sekolah yang baru iaitu SK Pasir Besar, namun beliau sanggup meluangkan masa untuk hadir ke SKDA bagi meraikan majlis bersalaman dengan murid. 

Kisah ini tidak tamat di sini.. warga kedua yang akan meninggalkan SKDA adalah seorang pekerja yang berdedikasi dengan khudrat yang beliau ada. Beliau bukanlah sesiapa dalam dunia perguruan, namun khidmat baktinya amat dihargai oleh semua. Beliau yang dimaksudkan adalah En Zainudin bin Ripin yang merupakan pekera am di sini. Beliau yang mesra disapa En Din telah menamatkan perkhidmatannya di SKDA. Walaupun bukanlah seorang guru, namun persaraan En Din telah diraikan oleh seluruh warga SKDA. 

Dengan tema berbaju Melayu lengkap bagi guru lelaki dan berjubah bagi guru wanita, kedua-dua warga SKDA ini telah diraikan dengan jayanya. Diharapkan agar kedua-dua mereka akan lebih berjaya dan sukses walau pun dimana berada.
 
Buat warga SKDA yang masih setia di sini, marilah kita bersama berganding bahu dalam memajukan setiap pencapaian bagi menaikkan nama SKDA. Setiap tenaga dan sumbangan yang ditaburkan, insyaAllah akan mendapat impak yang positif..Aamiin..












Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts