Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Warga SKDA Kemalangan


Sememangnya malang tidak berbau dan tidak terjangka dek akal. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, warga SKDA dikejutkan dengan 3 kes kemalangan yang membabitkan pelajar dan juga guru. 

Pada petang 9 Mac yang lalu seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, iaitu Muhamad Asraff bin Abdul Razak dari kelas 5 Cemerlang telah terbabit dalam satu kemalangan ngeri di simpang empat berhampiran sekolah. Adik Muhd. Asraff segera dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut dan kini masih lagi dirawat di sana. Pihak sekolah dan PIBG telah bersepakat untuk mengadakan satu kutipan amal bagi meringankan beban keluarganya. Sama-samalah kita mendoakan semoga Adik Asraff segera sembuh seperti sediakala dan tabah mengharungi dugaan yang menimpa.





Keadaan Adik Asraff sehari selepas kemalangan.


Pada waktu yang hampir sama dengan kemalangan Adik Asraff, Cikgu Ashrul iaitu Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah, turut terbabit kemalangan di Gemas. Kenderaan beliau gagal dikawal dan melanggar sebuah kereta. Walaupun demikian tiada kecederaan berlaku pada diri beliau dan keluarga.


Satu lagi kemalangan membabitkan Ustaz Mohd Amirullah berlaku pada 10 Mac. Beliau dalam perjalanan pulang dari sekolah telah terlibat dalam kemalangan berhampiran Kampung Pondoi. Alhamdulillah, beliau juga tidak mengalami kecederaan meskipun kereta beliau agak teruk.

Semoga warga Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dilindungi Ilahi.


Share:

3 comments:

  1. Diharapkan semuanya berada dalam lindungan Allah s.w.t

    ReplyDelete
  2. Takdir Allah..tiada siapa yg dpt mengatasinya...Semoga dgn peristiwa ini akan menguatkan keimanan kita sebagai insan kerdil disisi Allah....

    ReplyDelete
  3. Takdir Allah..tiada siapa yg dpt mengatasinya...Semoga dgn peristiwa ini akan menguatkan keimanan kita sebagai insan kerdil disisi Allah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts