Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKDA 2019

Assalamualaikum you all...sihat tak tuuu? Admin jiwa kacau laaa,hahaha..nak meraih simpati para pembaca,huhu..

Tu semua takde kaitan dengan apa yang bakal admin nak posting jap lagi..stay tuned tauu..walaupun sekarang ni perasaan admin tak stabil, tapi kerja tetap kerja kan..sooo, jom kita menulis untuk release tension..menulis ke menconteng je ni, hermmm..bertabahlah duhai pembaca sekalian..

Pada 20 Mac 2019 yang lalu, SKDA telah berjaya melaksanakan Sukan Tahunan yang entah untuk keberapa kalinya..admin pun dah terlupa..nampak sangat admin tak ambik tau kan..sedih wei dapat admin camni..tapi yang pastinya, sukan untuk Tahun 2019 tauuu..yelah, takkan untuk tahun 2018 pulakkan..banyak kali pulak nak buat untuk 2018 tu,kiki..terlambat cam adminnya..tutup muka laaa, aiii is malu..

Aisehmennn...tak laa..ni sukan sebenar untuk tahun 2019. Pada kali ini, Rumah Hijau telah mengungguli kejuaraan untuk dua tahun berturut. Syabas dan tahniah admin ucapkan. Kekalkan kejuaraan untuk masa-masa akan datang..ehh, tak boleh la pulak..kang rumah sukan admin tak menang-menang pulak..tarik balik la tadi tu, hahaha..jahatnyaaaa kann...Takpe, yang penting bersaing secara sihat kannn..

Sepanjang kejohanan berlangsung, ada pelbagai acara yang telah dipertandingkan. Alaaa, takyah la admin senaraikan satu-satukan..dah macam laporan pulak kalau senaraikan semua, ye tak...psttt, admin malas sebenarnya tu..

Jommmm...cuci-cuci mata sepanjang sukan tu..kot-kot la ada muka korangkan. Takpun, ada muka kawan-kawan korang kan..kannn...kannn...kannnn...mana la tauuu..

Rumah Hijau muncul juaraaa...


Akan mencabar untuk tahun akan datang..

Semakin powerrr...

Nak menang tapi takde rezeki...

Johan perbarisan

Johan Keseluruhan

orang kuat..konon laa

Tuan Saiful Adly- Perasmi Jemputan Sukan Tahunan SKDA


AJK Hadiah

Sempat posing lagi sebelum lari

Ke garisan..sedia...

Pencapaian keseluruhan
Semoga masa-masa akan datang setiap rumah sukan semakin sukses. Bersainglah secara sihat..Admin sentiasa doakan yang terbaik hanya untuk SKDA..walaupun admin mungkin tidak bersama lagi pada sukan yang akan datang, admin nak semua tahu bahawa SKDA tetap di hati..semakin banyak admin nak tulis, semakin berkaca pulak pandangan admin. Agaknya, petanda nak suruh admin tidur duluu kannn..sebab dah lewat..ok lah, bhaiiii....
Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts