Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


TAKLIMAT ORIENTASI DISIPLIN BAGI TAHUN 1 & TAHUN 2

   Untuk memberi pendedahan mengenai peraturan-peraturan  sekolah  kepada semua murid. (Tahun 1 & Tahun 2).Guru akan memberi penerangan berkaitan dengan peraturan sekolah dengan berpandukan kepada Buku Disiplin Sekolah. Sesi menyampaian teguran dan nasihat kepada murid. (Guru Disiplin). Taklimat ringkas mengenai peraturan-peraturan sekolah oleh Guru Disiplin dengan menunjukkan demostrasi dari aspek pemakaian lencana sekolah, tanda nama, pakaian sekolah serta sukan  yang lengkap. 

    Penerangan mengenai waktu hadir ke sekolah, peraturan di kantin, waktu balik. Penjelasan mengenai SOP Keselamatan dan penjarakkan sosial. Program akan dimulakan dengan pendedahan mengenai jenis perkhidmatan yang terdapat di Unit Bimbingan & Kaunseling kepada murid oleh Guru Bimbingan. Untuk memberi pendedahan mengenai Unit Bimbingan dan Kaunseling  kepada  semua murid. Memberi  penjelasan tentang jenis Perkhidmatan  yang disediakan di Unit Bimbingan dan Kaunseling  kepada warga SKDA.

TAKLIMAT DISIPLIN DIBERIKAN OLEH ENCIK AZMAN BIN ABDUL AZIZ  

(GURU DISIPLIN)









Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts