Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Peperiksaan Akhir Tahun

Kepada semua pelajar SKDA diharap bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang gemilang dalam peperiksaan nanti. Peperiksaan akan berjalan pada 18 hingga 21 Oktober 2011. Ganjaran yang menarik menanti anda semua . Rebut peluang yang ada,,,,
Share:

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA SKDA

Share:

Jangan tak caya.....Cemerlang....Pendidikan Khas






Jangan tak caya....murid-murid Pendidikan Khas kita berjaya mengharumi nama SKDA dengan memenangi beberapa acara dalam Kejohanan Sukan untuk Pendidikan Khas peringkat daerah. Tahniah..dan ada diantara peserta ini akan bertanding untuk peringkat negeri tidak lama lagi.
Share:

Laluan Iqra': Bacaan Yassin setiap Jumaat.




Setiap Jumaat: penghulu segala hari, warga SKDA akan berhimpun membaca surah Yassin di tapak perhimpunan sekolah. Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Syazwan dan Ustaz Hishamudin.
Semua warga SKDA yang beragama Islam akan membaca Yassin bersama-sama manakala yang bukan beragama Islam pula membuat aktiviti yang bersesuaian dengan agama yang dianuti dibawah seliaan guru yang bertugas.
Perhimpunan dimulakan pada pukul 7.25 pagi setiap Jumaat.
Share:

Lawatan ke PSS SK Puteri, Seremban





Pustakawan dan pengawas sekolah telah melawat ke Pusat Sumber Sekolah SK Puteri Seremban pada Mac 2011 yang lepas. Lawatan dianjurkan bersama unit PSS sekolah dan unit kaunseling. Rombongan disambut oleh murid dan guru SK Puteri dan dibawa menikmati jamuan sebelum diberi taklimat dan dibawa melawat sekitar PSS sekolah. Banyak idea yang boleh diambil hasil dari lawatan ini. Terima kasih SK Puteri.
Share:

Bengkel blog






Satu bengkel pemurnian blog fasa ke 2 Sekolah-sekolah ahli PKG Gemencheh telah diadakan di PKG pada 28 Jun 2011. Admin blog sekolah hadir dalam bengkel tersebut. Pn.Norzehan bt Mohd.Nordin mewakili SKDA dalam bengkel ini. Banyak penambahan ilmu telah didapati hasil dari bengkel ini. Fasilitator bagi bengkel ini Cikgu Niezam.
Share:

Jamuan meraikan pengawas SKDA






Pihak pentadbir sekolah telah bermurah hati mengadakan jamuan untuk pengawas sekolah SKDA pada 27 Mei 2011. Majlis dihadiri oleh Guru Besar, GPK dan guru disiplin sekolah. Majlis dimeriahi dengan penganugerahan pengawas contoh untuk bulan Mei iaitu Siti Aminah Hoo bt Mohd.Ariffin.
Majlis juga membuat sambutan ulangtahun untuk pengawas yang lahir pada bulan Mei.
Share:

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2011

Wajah peserta yang penuh bersemangat walau pun di hari akhir camping.

Peserta berselera hasil tangan guru-guru yang penuh kasih sayang memasak untuk peserta camping.







SKDA telah berjaya meneruskan acara perkhemahan tahunan unit beruniform tahun 2011 pada 27,28 dan 29 Mei yang lalu. Pastinya perkhemahan ini amat dinanti-nantikan oleh semua pelajar yang terlibat iaitu pelajar tahun 6.
Share:

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA GURU SKDA
Share:

Selamat Hari Pekerja



Kepada semua kami mengucapkan selamat bercuti.....jalan-jalan 1 Malaysia
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts