Laluan Iqra': Bacaan Yassin setiap Jumaat.



Setiap Jumaat: penghulu segala hari, warga SKDA akan berhimpun membaca surah Yassin di tapak perhimpunan sekolah. Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Syazwan dan Ustaz Hishamudin.
Semua warga SKDA yang beragama Islam akan membaca Yassin bersama-sama manakala yang bukan beragama Islam pula membuat aktiviti yang bersesuaian dengan agama yang dianuti dibawah seliaan guru yang bertugas.
Perhimpunan dimulakan pada pukul 7.25 pagi setiap Jumaat.
Lawatan ke PSS SK Puteri, Seremban
Pustakawan dan pengawas sekolah telah melawat ke Pusat Sumber Sekolah SK Puteri Seremban pada Mac 2011 yang lepas. Lawatan dianjurkan bersama unit PSS sekolah dan unit kaunseling. Rombongan disambut oleh murid dan guru SK Puteri dan dibawa menikmati jamuan sebelum diberi taklimat dan dibawa melawat sekitar PSS sekolah. Banyak idea yang boleh diambil hasil dari lawatan ini. Terima kasih SK Puteri.
Bengkel blog



Satu bengkel pemurnian blog fasa ke 2 Sekolah-sekolah ahli PKG Gemencheh telah diadakan di PKG pada 28 Jun 2011. Admin blog sekolah hadir dalam bengkel tersebut. Pn.Norzehan bt Mohd.Nordin mewakili SKDA dalam bengkel ini. Banyak penambahan ilmu telah didapati hasil dari bengkel ini. Fasilitator bagi bengkel ini Cikgu Niezam.
Jamuan meraikan pengawas SKDA



Pihak pentadbir sekolah telah bermurah hati mengadakan jamuan untuk pengawas sekolah SKDA pada 27 Mei 2011. Majlis dihadiri oleh Guru Besar, GPK dan guru disiplin sekolah. Majlis dimeriahi dengan penganugerahan pengawas contoh untuk bulan Mei iaitu Siti Aminah Hoo bt Mohd.Ariffin.
Majlis juga membuat sambutan ulangtahun untuk pengawas yang lahir pada bulan Mei.
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform 2011
SKDA Tuan Rumah Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Tampin




Pertandingan Bola Jaring Peringkat Daerah Tampin berlangsung dalam suasana yang meriah sepanjang sehari perlawanan pada 12 April 2011 bertempat di SK Datuk Abdullah. Pertandingan melibatkan 19 buah sekolah disekitar daerah Tampin. Pertandingan bermula seawal pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SKDA, Tn.Hj.Zainal bin Yusof. Juara keseluruhan dimenangi oleh SK Jelai 1 diikuti oleh SK Tampin dan tempat ke tiga dimenangi bersama SK Jelai 3 dan SK Pasir Besar. Tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program sehari di SKDA. Majulah Sukan Untuk Negara.
Apabila guru wanita beraksi....
Ceria...bertenaga... Itulah yang membuatkan guru-guru bertindak tangkas dan aktif dalam perlawanan persahabatan bola jaring yang diadakan bertempat di padang SKDA. Sekolah jemputan ialah SK Sg.Kelamah. Perlawanan telah berlangsung pada 10 Mac 2011. Seawal pukul 4.00 lagi peserta telah mula memanaskan badan untuk menghadapi perlawanan. Pukul 5.00 , perlawanan dimulakan. Kedua-dua pasukan telah mempamerkan kehebatan masing-masing dalam mendapatkan jaringan. Kemenangan berpihak kepada SK Sg.Kelamah. Syabas. Bagaimanapun bukan kemenangan sahaja yang menanti, yang pentingnya terjalin ikatan silaturrahim antara sesama guru. SKDA menanti perlawanan balas dari kalian.....






















