Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Sejarah SKDA

Sekolah kebangsaan Datuk Abdullah atau nama asalnya Sekolah Melayu Gemencheh telah didirikan pada tahun 1885. Pada tahun 1960 ia telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh. Kemudian pada tahun 1980, namanya ditukar sekali lagi kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH. GEMENCHEH mengambil sempena nama Allahyarham Datuk Penghulu Pusaka Luak Gemencheh. Sekolah ini terletak kira-kira 2 km daripada pekan Gemencheh dan 30 km daripada pekan Tampin.

Menyingkap sejarah awalnya, sekolah ini hanya merupakan sebuah pondok beratap rumbia dengan 23 orang murid darjah 1 hingga 5 dibawah pentadbiran Guru Besarnya, Cikgu Mohd Amin dan dibantu oleh Cikgu Sidek.

Pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran adalah dalam keadaan tidak selesa kerana tiada kemudahan fizikal. Murid-murid hanya duduk bersila di atas tanah, menulis di atas papan batu tanpa buku latihan dan buku bacaan.

Serentak dengan sambutan Jubli Intan, sempena 85 tahun penubuhannya, sekolah ini telah bertukarnamanya sekalil lagi kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH, sempena nama Datuk Penghulu Pusaka Luak Gemencheh, iaitu Datuk Abdullah bin Saat “Datuk Orang Kaya Setiawan luak Gemencheh”

Pada peringkat awal penubuhannya, bilangan tenaga pengajarnya hanya 2 orang sahaja dengan bilangan murid seramai 23 orang, kini Sekolah kebangsaan Datuk Abdullah mempunyai 37 orang guru, 11 orang kakitangan bukan guru dengan 586 orang murid.

Selaras denga usianya ke-101 tahun, bangunan lama yang telah dibina pada tahun 1954 telah disahkan oleh JKR tidak boleh digunakan lagi. Oleh itu pada sesi persekolahan 1995/96 ini,pihak sekolah mengalami kekurangan bilik darjah. Untuk menampung kekurangan itu, murid-murid tahun satu telah ditempatkan di bangunan lama (yang dibina pada tahun 1914) yang telah dibaik pulih.

Memandangkan pertambahan murid dari tahun ke tahun, kerajaan telah membina sebuah bangunan baru atas rumah pada tahun 1905 tetapi malangnya telah terbakar pada tahun 1914. sebuah bangunan baru telah didirikan pada tahun itu juga.

Pada tahun 1954, sebuah lagi bangunan baru dengan 4 buah bilik darjah dan sebuah stor telah dibina. Pada tahun itu, darjah khas (daripada) yang dulunya di sekolah Kebangsaan Gedok telah dipindahkan ke sini.

Dengan perkembangan pesat arus membangunan Negara, pada tahun 1960, sebuah lagi bangunan dengan 4 buah bilik darjah didirikan. Pada tahun itu murid-murid tahun 5 dan tahun 6 dari Sekolah Kebangsaan Rokan dihantar belajar ke sini. Dengan pemusatan murid-murid itu, sekolah ini telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh.

Pada tahun 1975 hingga1976, murid-murid dari Sekolah Rendah Kebangsaan Gemencheh dipindahkan ke sini setelah bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah, pejabat guru besar, pejabat pentadbiran, bilik guru dan kantin diap dibina. Bangunan tiga tingkat ini dirasmikan pada 2 Oktober 1980 oleh YAB Datuk Rais bin Yatim, DSNS, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pihak sekolah berharap akan mendapat peruntukan untuk menambah bangunan baru untuk bengkel Kemahiran Hidup, Muzik, Pra-sekolah dan bilik darjah.

SKDA telah berjaya melahirkan cendikawan dan para intelek hasil kerjasama yang padu dan usaha gigih daripada guru-guru, masyarakat setempat, Jabatan Pendidikan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Dengan bermotifkan “Maju Terus Maju ” semoga SKDA akan terus cemerlang dengan menempa sejarah kegemilangan pada masa yang akan datang.
Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts