Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


SKDA gondol Anugerah Cemerlang UPSR.


Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah atau nama asalnya Sekolah Melayu Gemencheh telah didirikan pada tahun 1885. Pada tahun 1960 ia telah ditukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Pusat Gemencheh. Kemudian pada tahun 1980, namanya ditukar sekali lagi kepada SEKOLAH KEBANGSAAN DATUK ABDULLAH GEMENCHEH mengambil sempena nama Allahyarham Datuk Penghulu Pusaka Luak Gemencheh. Sekolah ini terletak kira-kira 2 km dari Pekan Gemencheh , 30 km dari Tampin dan 87 km  dari Seremban.
SK Datuk Abdullah diterajui oleh Tn Hj.Zainal bin Yusof selaku Guru Besar  dan mempunyai 44 orang tenaga pengajar dan seorang guru praktikum. Mempunyai  seramai 443 orang pelajar aliran perdana, 36 orang pelajar pra-sekolah dan 7 orang pelajar  PPKI menjadikan keseluruhan pelajar seramai 486 orang. 
Pada tanggal 27 Januari 2012, warga sekolah amat berbesar hati menerima kunjungan pegawai dari  JPNS dan juga PPD Tampin dalam Program Lawatan Kecemerlangan UPSR 2011 untuk penyampaian sijil dan plak penghargaan dari JPNS atas kejayaan sekolah  kerana berjaya melahirkan seramai 17 orang pelajar  5A dalam UPSR 2011. Dengan  pencapaian ini GPS sekolah terus melonjak ke 1.88 berbanding 2.26 tahun 2010. Pencapaian ini amat membanggakan sekolah. Berita tentang kejayaan SK Datuk Abdullah telah tersiar didalam akhbar Sinar harian keluaran hari Khamis 24 November 2011. 


Rombongan lawatan diketuai oleh Tn .Maswadi bin Mohamat iaitu Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan JPNS. Turut hadir ialah En.Jamal Shah bin Abu Bakar,Penolong Pengarah Sains Sosial JPNS , Pn.Zaharah bt Abu Zarin, Penyelia Kanan Sektor Pengurusan Akademik JPNS, En.Azman bin Md.Din, Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dan Tn.Hj.Dahlan bin Hj.Saleh,Pegawai Pelajaran Daerah Tampin selaku bapa angkat SK Datuk Abdullah.
   Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi di dewan sekolah dimulai dengan ucapan aluan dari pengerusi majlis dan bacaan doa oleh Ustaz Mohd.Syazwan bin Mohd.Ariffin.Majlis seterusnya di teruskan dengan ucapan dari Guru besar SK Datuk Abdullah iaitu Tn.Hj.Zainal bin Yusof, berkisar tentang persekitaran sekolah dan program –program yang telah dan akan dijalankan pada tahun2012 dalam meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar sekolah ini.Seterusnya ucapan dari YDP PIBG iaitu En Ghazali bin Arshad. Beliau  mewakili pihak ibu bapa sekolah merakamkan tahniah kepada semua tenaga pengajar dalam usaha yang cemerlang kerana telah melonjakkan SK Datuk Abdullah ke tahap yang membanggakan .Ucapan seterusnya adalah dari ketua rombongan iaitu Tn.Maswadi bin Mohamat, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan  Pelajaran Negeri Sembilan. 
Majlis seterusnya sampai ke kemuncak  dengan penyampaian anugerah  berupa sijil dan plak dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan disampaikan oleh Tn. Maswadi bin Mohamat.  Majlis seterusnya sampai ke kemuncak  dengan penyampaian anugerah  berupa sijil dan plak dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan disampaikan oleh Tn. Maswadi bin Mohamat.

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts