Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

PROGRAM 3 PENJURU

Bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR, semua pihak perlu saling bekerjasama bagi membantu dan menyuntik semangat para pelajar. Sehubungan dengan itu, pihak Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah dengan kerjasama pihak sekolah, telah mengadakan satu lagi perjumpaan 3 penjuru bersama ibu bapa, guru dan para pelajar tahun 6  pada 15 Ogos yang lalu.

Perjumpaan ketiga ini, khusus untuk membincang dan memberi sedikit input tentang pencapaian pelajar dalam Pra UPSR. Secara keseluruhannya pencapaian para pelajar menunjukkan peningkatan dan berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran GPS 2.44.


Berikut adalah paparan keputusan Pra UPSR dan perbandingan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu. 

Selain daripada pembentangan keputusan Pra UPSR, perjumpaan kali ini juga membincangkan tentang gerak gempur terakhir bagi pelajar. Semoga ibu bapa dapat membantu pihak sekolah dalam melakukan pemantauan ke atas anak-anak yang bakal menduduki UPSR ini.






Dalam perjumpaan kali ini,pihak sekolah telah menjemput Saudara Sulaiman bin Ismail iaitu Pengarah Urusan Sulaiman Motivation Consultant untuk memberi motivasi bukan sahaja kepada para pelajar, malah kepada ibu bapa yang hadir.





Semoga dengan jalinan baik ini, maka dapatlah kita memastikan, calon-calon UPSR tahun ini mampu menghadirkan impak positif  yang mampu melonjakkan SKDA menjadi salah sebuah sekolah terbaik.

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts