Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


MINGGU PSS 2019

Assalamualaikum wbt.... lama kita tak bersiarankan..Seingat-ingat admin la kan, yang last tu masa Hari Guru..See, dah lama sangatkan..ntah apa la yang di 'bizi'kan oleh admin ni. Tengok masa dia mengajar, bukannya banyak sangat pun. Ni saja je ni..Ha, nampak tak betapa admin ni memang malas. Patut kena 'kick' je dia ni,kikiki..

Baiklah..berbalik pada tajuk kita hari ini, dah tentulah akan menceritakan tentang Minggu PSS kan. Tahun ni merupakan tahun ketiga Minggu PSS dijalankan. Kali ini Minggu PSS telah dijalankan selama 2 minggu bermula 8 Julai hingga 19 Julai 2019. Perubahan ini dijalankan atas permintaan rakan-rakan sejawat agar masa tidaklah terlalu 'pack'. Di harapkan, perubahan ini akan dapat memuaskan hati semua pihak. Walaupun sebenarnya admin tau, kita takkan dapat memuaskan hati semua pihak. Yang tu, admin pasti dan yakin betul!!! Itu fakta yang tak dapat dinafikan, hokey..hahaha..Tapi, tak apa..ini kan namanya percubaan, so admin sebagai penganjur haruslah berhati cekal dan waja..tak gitu admin,hehe..walaupun yang tersirat ada berlakunya drama,kiki..

Alhamdulillah..sepanjang dua minggu perjalanan Minggu PSS ini, ia telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua guru. Apa yang menjadikan Minggu PSS ini hebat adalah penglibatan 100% murid iaitu dari pra, ppki dan dah tentunya murid arus perdana. Dan impaknya juga, murid dari kelas hujung turut sama menyertai setiap aktiviti yang dipertandingkan tanpa ada rasa takut dan malu. Penglibatan seperti inilah yang diharapkan oleh Pusat Sumber Sekolah selari dengan cogan katanya iaitu PSS Pemacu SKDA Maju.

Jom kita lihat gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera kami...

Ust Amirrullah Maula Ismail membacakan doa

Pengerusi Majlis yang bertugas, Pn Suhaini binti Mahmud

Ucapan daripada GPM, Pn Marlina binti Majih 


Ucapan Perasmian daripada Guru Besar, En. Othman bin Hashim

Gimik Pelancaran


Tarikh : 8 Julai 2019 / Isnin
Panitia : PJK
Acara : Sukan Rakyat

Taklimat daripada En. Amer Husaini

Pengadil acara baling tin




Pertandingan Galah Panjang

Tarikh : 9 Julai 2019 / Selasa
Panitia : BM
Acara : Lafaz Pantun dan Syair


Tahap 1 : Lafaz Pantun


Tahap 2 : Syair




Tarikh : 10 Julai 2019 / Rabu
Panitia : Moral
Acara : Pakaian Tradisional













Tarikh : 11 Julai 2019 / Khamis
Panitia : Sains
Acara : Treasure Hunt dan Binaan Model










Tarikh : 12 Julai 2019 / Jumaat
Panitia : RBT / TMK
Acara : Pertandingan Memasak dan Origami





















Tarikh : 15 Julai 2019 / Isnin
Panitia : PAI / BA
Acara : Topeng Muka dan Binaan Model Bangunan






















Tarikh : 16 Julai 2019 / Selasa
Panitia : Pendidikan Seni / Sejarah
Acara : Kolaj
















Tarikh : 17 Julai 2019 / Rabu
Panitia : Matematik
Acara : Binaan Bunga Sifir dan Permainan Stesen














 Tarikh : 18 Julai 2019 / Khamis

Panitia : Pendidikan Muzik / Bahasa Inggeris
Acara : Nyanyian dalam Bahasa Inggeris























Tarikh : 19 Julai 2019 / Jumaat


Majlis Penangguhan Minggu PSS 2019


Pengerusi majlis semasa penutupan Minggu PSS

Ucapan Penangguhan daripada Tn Guru Besar


Penyampaian hadiah















Walaweiiii...banyaknya gambar..best tak? mestilah best kannnn..ada tak muka-muka korang dalam gambar tadi? kalau takde, tak femes la korang, hehe..

By the way, diharpkan penganjuran kali ini telah memberi impak positif pada semua. Itulah yang paling pentingkan..

Pesanan penaja : Setiap langit berhak untuk memilih bintangnya sendiri...

Okay, out dulu...chilll laa..


Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts