Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


TOKOH NILAM SKDA 2019

Tahniah dan semoga berjaya..tiada kata lain yang boleh diucapkan kepada wakil SKDA dalam sesi pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKG Gemencheh, 2019. Tahniah kerana kedua-dua wakil ini berani dan berusaha untuk meraih kemenangan. Walaupun admin tak follow u all masa ni, doa dan harapan admin sentiasa mengiringi kalian yang membawa nama baik sekolah gitu..eh, terlebih ka sudah??? hahaha..
Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Gemencheh ini telah diadakan pada 25 Julai 2019. SKDA telah menghantar dua orang wakil untuk sesi pemilihan kali ini. Adik yang dimaksudkan ialah Nur Iman Sofiya binti Ahmad dan Arisya Liyana binti Mohamad Nazli. Kedua-dua murid ini adalah dari kelas 5 Arif.
Alhamdulillah..keduanya telah menunjukkan komitmen yang terbaik sepanjang pemilihan dijalankan. Ini terbukti apabila adik Arisya Liyana telah menyandang tempat kedua dalam kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah manakala adik Nur Iman Sofiya juga telah mendapat saguhati dalam  kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Syabas dan tahniah admin ucapkan.
Untuk adik Arisya Liyana pula, didoakan agar dapat buat yang lebih baik lagi pada masa akan datang untuk pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah Tampin yang akan diadakan pada 31 Julai 2019. Admin dan seluruh warga sekolah mendoakan agar adik Arisya Liyana akan meraih kejayaan sekali lagi..Chayok chayok!!!!

Adik Arisya Liaya mendapat tempat kedua

Adik Nur Iman Sofiya sedang menuggu giliran 

Majlis penutup




Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts