Kali ni Admin nak kongsi satu set bahan untuk Pendidikan Seni. Mesti pelajar suka. Caranya mudah saja. Simpan gambar-gambar ni. Kemudian "print". Bagi kepada pelajar untuk diguntingkan dan tampal supaya menjadi set kereta yang cantik dan lengkap. Jom cuba...
Pemeriksaan Kesihatan Tahun 1
Secara umumnya, ramai yang takut untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan. Agaknya, begitu jugalah perasaan anak-anak tahun 1 di mana mereka telah menjalani pemeriksaan kesihatan pada 6 dan 7 Mac 2018.










Pemeriksaan Kesihatan ini telah dijalankan oleh Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Gemencheh. Pemeriksaan fizikal, pemeriksaan mata dan imunisasi telah diberikan dan mendapat kerjasama daripada murid-murid. Namun begitu, ada juga murid yang menangis ketakutan apabila suntikan imunisasi hendak diberikan. Perkara sebegini seringkali berlaku seperti yang dimaklumkan sendiri oleh Pegawai Kesihatan yang bertugas.
Taklimat Peningkatan Penggunaan VLE Dalam Kalangan Murid, Ibu Bapa dan Guru 2018
skda9:27 PMIbu Bapa dan Guru 2018., Taklimat Peningkatan Penggunaan VLE Dalam Kalangan Murid
No comments
Pada 5hb Mac, satu taklimat daripada UniCLIQ telah dijalankan di sekolah. taklimat khusus berkenaan VLE ini telah disampaikan oleh wakil UniCLIQ sendiri iaitu Encik Muhammad Farhan bin Norman. SKDA merupakan destinasi pertama yang telah dipilih oleh UniCLIQ bagi daerah Tampin untuk menyampaikan taklimat Peningkatan Penggunaan VLE dalam kalangan Ibu Bapa, Murid dan Guru.
Tujuan utama taklimat ini adalah untuk memperkenalkan beberapa tools tambahan yang terdapat di dalam VLE dan juga sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan lagi penggunaan VLE untuk semua pihak.
Taklimat bermula pada pukul 9.00 pagi. Sesi pertama ini adalah untuk ibu bapa dan pelajar tahun 4,5 dan 6. Taklimat ini disampaikan di dewan sekolah. Sementara untuk guru pula telah disampaikan dalam sesi 2 iaitu pada pukul 10.30 pagi di Makmal Komputer.
Diharapkan dengan adanya pendedahan sebegini maka akan berlakunya peningkatan dalam penggunaan VLE di SKDA. SKDA Boleh!!
Penjarian Rekoder
Kali ni Admin nak jadi ahli muzik sikit. Nak kongsi bahan tentang penjarian rekoder untuk pelajar. Selamat berlatih meniup ye..
Penanda Wacana
Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikan sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, ini akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Contoh penanda wacana seperti berikut:
Tahukah Anda Mengapa Tikus Suka Menggerogot Objek Keras?
Tikus mempunyai empat batang gigi hadapan iaitu dua pada bahagian bawah dan dua lagi pada bahagian atas. Tikus menggunakan gigi-gigi ini untuk makan danmenggerogot objek yang keras.
Gigi hadapan yang dikenali sebagai gigi kacip akan terus memanjang. bagi menggelakkan gigi ini terus panjang, tikus akan sentiasa meggerogot kayu atau benda-benda keras bagi merapikan gigi-gigi ini.
Semua jenis tikus suka menggerogot termasuklah keluarga tikus yang lain seperti memerang,tupai dan hamster.
Gigi hadapan yang dikenali sebagai gigi kacip akan terus memanjang. bagi menggelakkan gigi ini terus panjang, tikus akan sentiasa meggerogot kayu atau benda-benda keras bagi merapikan gigi-gigi ini.
Semua jenis tikus suka menggerogot termasuklah keluarga tikus yang lain seperti memerang,tupai dan hamster.
Pendaftaran Persekolahan Sesi 2019 (Tahun 1 dan Prasekolah)
Makluman kepada semua ibu bapa dan penjgan yang berkenaan. Sesi pendaftaran kemasukan ke Prasekolah dan Tahun 1 telahpun dibuka. Ibu bapa boleh melayari laman web yang tertera pada poster di bawah untuk mendaftar secara atas talian. Kerjasama daripada semua pihak amat digalakkan bagi kelancaran pendaftaran ini.




















































