Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


MINGGU PSS 2019

Assalamualaikum wbt.... lama kita tak bersiarankan..Seingat-ingat admin la kan, yang last tu masa Hari Guru..See, dah lama sangatkan..ntah apa la yang di 'bizi'kan oleh admin ni. Tengok masa dia mengajar, bukannya banyak sangat pun. Ni saja je ni..Ha, nampak tak betapa admin ni memang malas. Patut kena 'kick' je dia ni,kikiki..

Baiklah..berbalik pada tajuk kita hari ini, dah tentulah akan menceritakan tentang Minggu PSS kan. Tahun ni merupakan tahun ketiga Minggu PSS dijalankan. Kali ini Minggu PSS telah dijalankan selama 2 minggu bermula 8 Julai hingga 19 Julai 2019. Perubahan ini dijalankan atas permintaan rakan-rakan sejawat agar masa tidaklah terlalu 'pack'. Di harapkan, perubahan ini akan dapat memuaskan hati semua pihak. Walaupun sebenarnya admin tau, kita takkan dapat memuaskan hati semua pihak. Yang tu, admin pasti dan yakin betul!!! Itu fakta yang tak dapat dinafikan, hokey..hahaha..Tapi, tak apa..ini kan namanya percubaan, so admin sebagai penganjur haruslah berhati cekal dan waja..tak gitu admin,hehe..walaupun yang tersirat ada berlakunya drama,kiki..

Alhamdulillah..sepanjang dua minggu perjalanan Minggu PSS ini, ia telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama semua guru. Apa yang menjadikan Minggu PSS ini hebat adalah penglibatan 100% murid iaitu dari pra, ppki dan dah tentunya murid arus perdana. Dan impaknya juga, murid dari kelas hujung turut sama menyertai setiap aktiviti yang dipertandingkan tanpa ada rasa takut dan malu. Penglibatan seperti inilah yang diharapkan oleh Pusat Sumber Sekolah selari dengan cogan katanya iaitu PSS Pemacu SKDA Maju.

Jom kita lihat gambar yang sempat dirakam oleh lensa kamera kami...

Ust Amirrullah Maula Ismail membacakan doa

Pengerusi Majlis yang bertugas, Pn Suhaini binti Mahmud

Ucapan daripada GPM, Pn Marlina binti Majih 


Ucapan Perasmian daripada Guru Besar, En. Othman bin Hashim

Gimik Pelancaran


Tarikh : 8 Julai 2019 / Isnin
Panitia : PJK
Acara : Sukan Rakyat

Taklimat daripada En. Amer Husaini

Pengadil acara baling tin




Pertandingan Galah Panjang

Tarikh : 9 Julai 2019 / Selasa
Panitia : BM
Acara : Lafaz Pantun dan Syair


Tahap 1 : Lafaz Pantun


Tahap 2 : Syair




Tarikh : 10 Julai 2019 / Rabu
Panitia : Moral
Acara : Pakaian Tradisional













Tarikh : 11 Julai 2019 / Khamis
Panitia : Sains
Acara : Treasure Hunt dan Binaan Model










Tarikh : 12 Julai 2019 / Jumaat
Panitia : RBT / TMK
Acara : Pertandingan Memasak dan Origami





















Tarikh : 15 Julai 2019 / Isnin
Panitia : PAI / BA
Acara : Topeng Muka dan Binaan Model Bangunan






















Tarikh : 16 Julai 2019 / Selasa
Panitia : Pendidikan Seni / Sejarah
Acara : Kolaj
















Tarikh : 17 Julai 2019 / Rabu
Panitia : Matematik
Acara : Binaan Bunga Sifir dan Permainan Stesen














 Tarikh : 18 Julai 2019 / Khamis

Panitia : Pendidikan Muzik / Bahasa Inggeris
Acara : Nyanyian dalam Bahasa Inggeris























Tarikh : 19 Julai 2019 / Jumaat


Majlis Penangguhan Minggu PSS 2019


Pengerusi majlis semasa penutupan Minggu PSS

Ucapan Penangguhan daripada Tn Guru Besar


Penyampaian hadiah















Walaweiiii...banyaknya gambar..best tak? mestilah best kannnn..ada tak muka-muka korang dalam gambar tadi? kalau takde, tak femes la korang, hehe..

By the way, diharpkan penganjuran kali ini telah memberi impak positif pada semua. Itulah yang paling pentingkan..

Pesanan penaja : Setiap langit berhak untuk memilih bintangnya sendiri...

Okay, out dulu...chilll laa..


Share:

16 MEI 2019 - GURU OBOR HEMAH, MENYINARI PERTIWI

Assalamualaikum you ollss...sihat tak? admin doakan semuanya berada dalam keadaan sihat dalam keadaan berpuasa ni.. puasa tu kan menghilangkan penyakit..

16 Mei..  tarikh keramat ini yang akan ditunggu saban tahun bagi insan yang bergelar guru. Walaupun ia hanyalah tarikh biasa, tapi amat bermakna jika anda adalah seorang pendidik..adakah anda yang baca ni, sama seperti admin? apapun kerjaya anda, semuanya bermula dari seorang guru..betul tak?

Walaupun Sambutan Hari Guru 2019 telah disambut pada 3 Mei 2019 yang lalu, namun..tarikh ini tetap juga disambut secara formal. ada tak yang tanya sebab apa? hehe..takyah la ambik tahu, bukan ada kaitan dengan korang pun kan..bahaha..sebenarnya, tarikh ni kan adalah tarikh rasmi, soooo..kita sambutlah sebagai menghormati tarikh keramat ini..

Jommm kita terjah gambar sepanjang sambutan ini...

Bacaan doa sebagai memulakan majlis

Ucapan daripada Guru Besar SKDA

Bacaan perutusan disampaikan oleh GPK Pentadbiran SKDA

Tekun murid mendengarnya


Wajah-wajah ceria guru SKDA 







Orang kuat PA Sistem

Adiwira SKDA

Demikianlah sambutan pada hari ini.. simple, tapi itulah yang terbaik..betul tak..

Share:

SAMBUTAN HARI GURU 2019

Setiap tahun, insan yang bergelar guru pasti akan ternanti-nanti tarikh keramat ini, iaitu pada 16 Mei. Namun, sambutan pada tahun 2019 ini agak berbeza dari tahun- tahun sebelumnya.. Ini kerana, tahun ini buat julung kalinya warga SKDA menyambutnya lebih awal dari tarikh tersebut. Al maklum laa, tahun ni kan, hari guru jatuh pada bulan puasa.. Soooo, KEMUDA telah sepakat untuk menyambutnya pada 3 Mei 2019.. 
Tema pada tahun ini ialah “Kalau aku bukan seorang guru”.. waaa, kelas gitu.. korang-korang semua yang baca ni, tema camana pulak???  Ehh,yakin je admin korang ni cikgu kan,hehehe..
Jommmm, kita terjah gambar yang ada.. hebat tak hebat, korang tengok la gambar-gambar ni.. 

Masa ambil gambar ramai-ramai ni, admin takde tauuu..huaaaa, sedihnya...


Ni pun admin takde jugak 😩




Chef import
Dato Sri yang akan sponsor untuk family day kitorang 🙈
 Walaweiiii...dia posing lepas hantar surat laaa


Tetiba ada sorang yang lain..cer teka 🙄😝😝😝


Johan kumpulan untuk sukaneka..cheh


Acara Memotong Kek Hari Guru

Bekal yang kosong tu juga jadi rebutan...

Tok kadi katanya..




Dah baca ni..hebat tak???mestilah hebatkannn..hehe
Semoga ikatan dan ukhuwah warga SKDA yang terjalin ini akan sentiasa mekar..aamiin..
Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts