Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Lambaian Kasih Buat Guru Besar SKDA

Seringkali kita mendengar Patah Tumbuh Hilang Berganti.. Maksudnya akan ada pengganti apabila kehilangan. Yang patah akan tumbuh tunas baru. Yang hilang pasti akan ada pengganti yang baru walaupun tak sama dan serupa. Namun, itulah lumrah adat pertemuan, pastinya ada perpisahan. 
Kita warga SKDA tidak dapat menolak takdir apabila Pn Russita bt Latip, Guru Besar yang kita kasihi akan bertukar tempat bertugas ke SK Astana Raja, Rembau. Walaupun pahit, namun kita harus menerima dengan berlapang dada. Warga SKDA sentiasa mendoakan yang terbaik buat Pn Russita apabila mencurahkan bakti di tempat baharu nanti. Buat warga SKDA yang masih setia bersama-sama, marilah kita berganding bahu dalam memajukan sekolah dibawah pucuk pimpinan yang baharu. Sentiasalah bekerjasama dalam memastikan kejayaan SKDA pada masa akan datang. 




































Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts