Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


SKDA Naib Johan Nasyid






Al Faatih.. itulah nama kumpulan yang diberi bagi kumpulan nasyid SKDA. Walaupun hampir keseluruhannya merupakan ahli baru yang menyertai kumpulan nasyid ini, namun mereka telah memberikan persembahan yang hebat dalam pertandingan Nasyid yang telah diadakan pada 3 Mei 2018 bertempat di SMK Tengku Syed Idrus, Tampin.

Ini telah dibuktikan di mana kumpulan ini telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Walaupun tidak mendapat Johan dalam pertandingan tersebut, namun kumpulan ini telah memenangi keseluruhan hati warga SKDA.. Sebenarnya, itu yang lebih berhargakan? 😊

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada jurulatih import iaitu Ust Mahadir kerana banyak membimbing kumpulan ini. Tidak dilupakan juga, ustazah-ustazah yang telah bertungkus lumus membantu sepanjang latihan dijalankan dan Panitia Pendidikan Islam amnya. Buat peserta kumpulan nasyid, perjuangan mereka belum selesai. Misi yang sebenar menanti untuk tahun-tahun yang akan datang. Didoakan agar kumpulan ini akan beroleh pencapaian yang lebih cemerlang pada masa akan datang..aamiin
Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts