Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


SKDA Johan Catur



Pada 2 Mei 2018 yang lalu, pihak SKDA telah menghantar seramai 8 orang murid untuk menyertai Pertandingan Catur Peringkat Daerah Tampin. Murid-murid ini telah diiringi 2 orang guru merangkap Jurulatih Elit untuk pertandingan catur.

Setelah pertandingan selesai,  akhirnya SKDA mengekalkan kejuaraan tahun lalu iaitu sebagai Juara Keseluruhan Lelaki B12. Pencapaian ini menggembirakan bagi semua pihak. Tahniah juga buat Adik Aisyah yang menduduki tangga ke-6 keseluruhan dan layak mewakili Daerah Tampin ke Peringkat Negeri nanti.

Tahniah diucapkan kepada peserta kerana telah sudi meluangkan masa untuk berlatih. Buat jurulatih yang tak pernah mengenal penat, setinggi-tinggi penghargaan diberikan kerana sanggup melatih anak-anak ini hingga berjaya.

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts