Program Membaca 1 Malaysia yang dijalankan serentak di seluruh negara turut dilaksanakan di SKDA pada 7 November 2010. Program bertempat di dewan sekolah melibatkan semua warga sekolah dan juga pegawai PPD Tampin yang membuat lawatan ke sekolah pada hari tersebut. Warga SKDA membaca selama 30 minit dan diikuti dengan ringkasan cerita yang disampaikan oleh pelajar. Program bertujuan untuk menerapkan tabiat minat membaca dikalangan pelajar. Semoga minat membaca akan terus berkekalan dikalangan setiap warga kerana ....MEMBACA MENAMBAH PENGETAHUAN....
Program Selepas UPSR
Setelah tamatnya peperiksaan UPSR, pelajar tahun 6 telah dilibatkan dengan berbagai program bertujuan mengisi masa dengan berfaedah disamping mempersiapkan diri untuk memasuki alam persekolahan diperingkat menengah.
Berbagai program telah diatur. Antaranya ceramah, sukaneka, perlawanan futsal dan bola tampar, memasak, mengait, membuat layang-layang dan sesi motivasi.
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha
HARI ANUGERAH DAN KECEMERLANGAN 2010
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang berjaya dalam bidang akademik berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun dan juga Peperiksaan Akhir Tahun KAFA.Tokoh pelajar disandang oleh Mohd.Hidayat b Mohd.Reza, Siti Nor Aqilla bt Aznizam dan Mohd.Faris. Majlis juga diselang seli dengan persembahan kebudayaan dari pelajar-pelajar SKDA. Memang berbakat pelajarSKDA jika diberi peluang. Berbagai persembahan dipersembahkan kepada hadirin. Antaranya ialah persembahan nasyid diiringi kompang, tarian lagu Inggeris, tarian Zapin dan tarian endang. Majlis juga diserikan dengan cabutan nombor bertuah, sebanyak 20 hamper disediakan untuk hadirin.
Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dan kepada yang lain diharap akan terus berusaha mencapai kejayaan pada masa akan datang.
PERKHEMAHAN PERDANA BADAN BERUNIFORM
Berbagai aktiviti dirancang dalam memenuhi tentatif program. Antaranya ialah Pertandingan Memasak, Sukaneka, Trekking, Mencari Harta Karun dan Malam Kebudayaan. Semua guru bergotong -royong memasak makanan untuk para peserta perkhemahan. Pada malam kedua perkhemahan berjalannya program Malam Kebudayaan. Serentak dengan itu Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Kelantan berlangsung. Tidak ketinggalan bagi semua peserta dimana dengan penuh semangat turut menyaksikan perlawanan secara langsung yang dipaparkan di skrin besar sekolah. Selepas itu tetamu dijamu dengan BBQ ayam dan ikan bakar serta nasi lemak.
Perkhemahan berakhir pada pukul 12.30 tgh 31 Oktober selepas acara penyampaian hadiah diadakan. Semua peserta pulang , walaupun dalam keadaan kepenatan tetapi membawa banyak pengalaman dan maklumat yang akan digunakan pada masa-masa akan datang. Syabas...semua warga SKDA.....
KELUARGA BESAR SKDA BERHARI RAYA....MERIAH





.jpg)


Sekolah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431 Hijrah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd.Syazwan dan diteruskan dengan ucapan dari Tuan Guru Besar, Tn.Hj.Zainal b Yusof. Acara bergambar beramai-ramai bersama murid, guru dan kakitangan sekolah memeriahkan lagi majlis sebelum bermulanya jamuan hari raya.
Berbagai kueh dan juadah dihidangkan untuk semua warga SKDA dan tetamu . YDP PIBG dan AJK PIBG turut hadir dalam majlis tersebut. Lagu- lagu raya dimainkan sepanjang majlis berlangsung. Murid-murid semuanya kelihatan ceria dengan berbaju raya. Sememangnya majlis raya tahun ini meriah disamping dapat merapatkan silaturrahim antara semua warga SKDA.
PROGRAM CURAHAN KASIH.
Satu majlis motivasi khas untuk ibubapa dan pelajar tahun 6 telah diadakan pada 29 Julai 2010 2.30 petang bertempat di dewan sekolah. Program Curahan Kasih tahun ini menjemput Guru Kaunseling Cemerlang SMK Bukit Rokan iaitu En.Norazmi Che'Lah sebagai motivator program. GPK HEM, En.Hishamudin Yusuf juga bertindak sebagi motivator untuk pelajar tahun 6 dalam sesi berasingan.Motivator jemputan telah mengendalikan program dengan jayanya dan banyak input telah diberikan sepanjang program.MAJLIS MAKAN MALAM PERSARAAN PN.HJH.NAPSIAH.



Satu majlis makan malam telah diatur oleh pihak sekolah sempena persaraan Pn.Hjh.Napsiah bt Md.Yusop , Guru Besar SKDA. Majlis bertempat di Hotel Equatorial, Melaka dan diadakan pada 17 Julai 2010 pukul 8.00sekolah. Majlis dimulakan dengan acara tayangan video "Dalam Kenangan". Selepas itu diadakan acara memotong kek sempena ulangtahun kelahiran Pn.Hjh.Napsiah. Acara diteruskan dengan ucapan dari GPK 1, En.Adam bin Hj. Omar, Pengerusi PIBG, dan YB Mohd. Kamil.Acara diakhiri dengan majlis penyampaian cenderahati dan sessi penggambaran kenang-kenangan bersama Pn.Hjh.Napsiah. Semoga majlis ini akan menjadi kenangan yang manis dalam hidup Pn.Hjh.Napsiah.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Satu majlis untuk penerima anugerah perkhidmatan cemerlang telah diadakan di SMK Bukit Jalor. Para penerima anugerah terdiri daripada Pn.Zalina bt Zakaria, Pn.Latifah bt Daud,
Pn.Norazian bt Mad Saman dan Pn.Azlinawati bt Adnan.
Tahniah kepada penerima anugerah dan harapan agar terus berusaha dengan cemerlang dalam menjayakan wawasan negara demi kemajuan anak bangsa Malaysia
Pn.Norazian bt Mad Saman dan Pn.Azlinawati bt Adnan.
Tahniah kepada penerima anugerah dan harapan agar terus berusaha dengan cemerlang dalam menjayakan wawasan negara demi kemajuan anak bangsa Malaysia











