Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

5 Tips Memilih Makanan Hijau


Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31% penyakit jantung dan 11% serangan strok setahun di seluruh dunia. Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8% setahun.

Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan 5 hingga 12% kanser dan 20 hingga 30% kanser usus. Bagi penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.

Bagaimanapun, disebabkan pengaruh komersial dan keuntungan, banyak produk makanan hijau dicemari dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam penanamannya lantas ini menimbulkan keperluan untuk memilih dengan teliti produk-produk tani ini agar tidak memudaratkan.

Kandungan sisa racun mahkluk perosak dan bahan toksin pada sayur-sayuran dan buah-buahan menimbulkan kebimbangan kepada kebanyakan pengguna kerana menjadi punca kepada penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser.

Berikut adalah 5 Tips berguna dalam memilih makanan hijau.

1. Lebih Banyak Lebih Baik

Elak dapatkan makanan hijau daripada satu punca yang sama. Ini sebab produk daripada sumber bekalan yang sama akan menggunakan kaedah pengeluaran makanan, penggunaan racun perosak, kaedah pemprosesan dan pelbagai faktornpengeluaran yang sama. dengan menukar punca makanan akan mengurangkan risiko pengumpulan sesuatu bahan toksik.

2. Tanam Sendiri Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan

Menanam sendiri sayur-sayuran dan buah-buahan di sekeliling rumah dapat memastikan tanaman ini bebas daripada racun perosak di samping dapat menikmati buah-buahan yang segar dan sedap dimakan.

3. Serangga Menjadi Petunjuk

Makanan hijau yang ada kesan serangga menunjukkan bahawa tanaman ini kurang atau tiada sis racun perosak. Walau bagaimanapun sentiasa berhati-hati kerana dengan penggunaan racun perosak yang terlalu lama juga menjadikan serangga ini lali dengan racun tersebut.

4. Cuci Bersih

Mencuci makanan hijau dapat mengurangkan 10 hingga 20% sisa racun yang terdapat pada kulit sayur atau buah-buahan tersebut. Elok juga sekiranya anda terus mengupas kulit tanaman tersebut.

5. Pilihlah Tanaman Organik

Kaedah penanaman organik dihasilkan secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan racun perosak. Selain memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan bebas daripada racun perosak. Anda juga perlu sentiasa memastikan tanaman yang ingin dimakan dinilai dengan baik dari aspek kebersihan dan kandungan zat makanan.


Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts