Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

Khasiat Epal Hijau



Suka makan epal tak? Jika suka pastinya epal hijau menjadi salah satu pilihan anda. Tahukah anda bahawa epal hijau mempunyai banyak khasiat. Jom kita baca...

Apakah Khasiat Epal Hijau?

Mengatasi masalah SEMBELIT

Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem penghadaman. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Kaya sumber MINERAL dan VITAMIN

Buah ini kaya dengan sumber mineral yang diperlukan untuk kesihatan tubuh badan serta mengandungi vitamin A, B dan C. Ia membantu meningkatkan oksigen dalam darah dan melindungi kulit daripada kesan berbahaya seperti radikal bebas selain membantu mengekalkan kulit berseri

Mengandungi KARBOHIDRAT

Epal hijau kaya dengan karbohidrat iaitu dengan anggaran 22g per 154g epal. Karbohidrat adalah sumber bahan api utama badan anda. Karbohidrat yang ditambah dengan serat dapat menggalakkan rasa kekenyangan tubuh badan.

Makanan TINGGI SERAT
Sebiji epal mengandungi anggaran serat sebanyak 3 gram. Serat membantu penyerapan dan penghadaman di dalam tubuh badan manusia. Hal ini dapat mengelakkan seseorang daripada sukar membuang air.


Selain itu juga, kesan positif dengan pemgambilan epal hijau adalah seperti berikut:-

1. Mencegah Kanser Kulit
Vitamin C yang terdapat pada epal mencegah kerosakan terhadap sel-sel kulit dari radikal bebas dan dengan itu ia mengurangkan kanser kulit.

2. Kaya dengan anti-oksidan 
Kandungan anti-oksidanya membangunkan semula sel-sel kulit dan memudakan sel yang telah tua atau rosak. Kulit akan berseri kesan dari antioksidannya juga melindungi hati dan memastikannya berfungsi dengan baik.

3. Tulang Kuat lebih sihat
Ia merawat dan mencegah penyakit sendi sambil berfungsi untuk kelenjar tiroid.

4. Mencegah Alzheimer
Memakan epal setiap hari menghalang kemungkinan gangguan saraf dan sakit Alzheimer.

5. Mencegah Asma
Dengan mengambil jus epal setiap hari ia dapat menghalang gejala asma atau alahan hipersensitif.

6. Mencegah Diabetes
Bagi penghidap kencing manis seeloknya mengambil epal setiap hari kerana buah ini boleh merawat kencing manis.

7. Kaya dengan Vitamin A, B dan C
Epal hijau boleh rawat kulit kusam kerana ia mengandungi vitamin A, B dan C. Selain melindungi kulit daripada kesan berbahaya radikal bebas ia juga membantu mengekalkan kulit berseri dari dalam.

8. Anti-Penuaan Bahan
Ia merupakan bahan anti -penuaan yang hebat. Antioksidan dan serat di dalam epal ini menjaga kulit tahan anjal dan muda untuk tempoh yang lama.

9. Memperbaiki Tekstur Kulit
Jika ia dijadikan mask pada muka ia memberikan kesan kelembapan & menghilangkan kedutan pada muka sambil meningkatkan tekstur keseluruhan kulit.

10. Memelihara Kulit
Kandungan vitaminnya yang padat mempunyai kekuatan  pemutihan yang kuat secara semula jadi tanpa merosakan kulit dan memulihkan kulit yang rosak.

11. Mencegah Penyakit Kulit
Ia membantu mencegah pelbagai penyakit kulit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin.

12. Kawalan & Mencegah jerawat Eruptions
Epal hijau adalah rawatan anti- jerawat yang sangat berkesan juga dan mencegah letusan jerawat.

13. Menghapuskan lingkaran gelap mata
Ia memudahkan penghapusan lingkaran hitam, dan membuatkan mata jadi segar dan nampak sihat bercahaya.

14. Meningkatkan Pertumbuhan rambut 
Ia juga merupakan bahan ubat bagi mengukuhkan, meningkatkan pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut. Epal hijau mengurangkan kadar kelemumur pada kepala jika disapukan pada kulit kepala pada setiap minggu.

Banyakkan khasiat epal hijau? Selepas membaca artikel ni cikgu harap, semua pembaca dapat mengamalkan memakan epal hijau setiap hari...


Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts