Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Hari Kanak-kanak

Buat julung-julung kalinya, sambutan Hari Kanak-kanak disambut dengan sangat meriah oleh murid SKDA bersama guru-guru. Walaupun sukan baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, namun Hari Kanak-kanak yang dirancang pada 17 November 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya. 
Pada kali ini, sambutan adalah diraikan bersama pihak Marry Brown. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh krew Marry Brown yang bertugas pada hari itu. Sambutan menjadi lebih hangat dengan kehadiran Chipmunk yang merupakan maskot bagi Marry Brown. Pelajar berasa teruja apabila melihat maskot yang hadir dan sama-sama memeriahkan majlis. Diharapkan, program seumpama ini akan berterusan lagi pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja untuk menggembirakan hati pelajar, bahkan juga memberi kesedaran bahawa mereka adalah berharga dan sangat disayangi oleh orang sekeliling.







Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts