Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Lawatan Sambil Belajar - Safari A Famosa Melaka

Minggu ini boleh dikatakan merupakan minggu yang sangat sibuk bagi murid dan juga guru. Jika semalam adalah sambutan Hari Kanak-kanak, hari ini pula iaitu 18 November 2017, seramai 81 orang murid bersama 10 orang guru pengiring telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Safari A Famosa.
Lawatan yang telah dirancang ini merupakan lawatan kedua bagi murid SKDA sepanjang tahun 2017. Sepanjang lawatan ini, pelbagai reaksi murid dapat dilihat apabila memasuki perkarangan safari tersebut. Hampir semua murid melahirkan rasa gembira dan teruja apabila berdepan dengan beberapa haiwan yang jarang dilihat oleh mereka. Bukan itu sahaja, murid juga berpeluang melihat beberapa pertunjukan sepanjang berada di safari tersebut. Paling menggembirakan murid, mereka juga berpeluang memegang haiwan dan bergambar bersama. Ini menunjukkan bahawa murid SKDA sememangnya sangat berani walaupun haiwan itu merupkan pertama kali dilihat dan disentuh. Perkara yang mencuit hati, beberapa orang murid dan guru telah disembur dengan air oleh gajah semasa pertunjukan berlangsung. Diharapkan agar lawatan seperti ini akan dirancang lagi pada masa akan datang kerana ianya bukan sahaja menghiburkan hati bahkan juga dapat memberi pengetahuan yang sangat bermakna bagi setiap murid. Alhamdulillah, murid dan guru selamat tiba di perkarangan sekolah pada pukul 7.00 petang.

































Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts