Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Koleksi Peribahasa Sekolah Rendah


Image result for peribahasa

Bagi membantu adik-adik dalam mempelajari peribahsa, berikut disenaraikan peribahsa yang perlu adik-adik kuasai bagi peringkat sekolah rendah. Untuk makluman semua, peribahasa adalah terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bandingan semacam. Namun di sini disertakan juga slogan dan kata-kata hikmat bagi memantapkan lagi pembelajaran adik-adik.

Selamat membaca dan mencari makna semua ni ye...

Senarai Peribahasa ( Tahun 4 hingga Tahun 6 )

*Simpulan Bahasa*
- air muka
- air tangan
- anak buah
- anak bujang
- anak didik
- anak jati
- anak tunggal
- ayam tambatan
- berhati walang
- besar hati
- buah fikiran
- bulat hati
- bulat kata
- hati terbuka
- kera sumbang
- langkah seribu
- lapang dada
- lupa daratan
- membawa diri
- memerah keringat
- menabur bakti
- menambat hati
- menara gading
- menghulur tangan
- murah hati
- orang berada
- otak cair
- pasang telinga
- permata hati
- rambang mata
- sekangkang kera
- tanah air
- tangan terbuka
- tergerak hati
- titik peluh
- tulang empat kerat

*Perumpamaan*
- bagai aur dengan tebing
- bagai bulan jatuh ke riba
- bagai dihiris sembilu
- bagai kacang lupakan kulit
- bagai menatang minyak yang penuh
- bagai tikus jatuh ke beras

*Bandingan Semacam*
- bijak seperti pendeta
- cantik seperti bidadari
- nipis seperti kertas

*Pepatah*
- alah membeli menang memakai
- alang-alang berdakwat biar hitam
- bagaimana acuan, begitulah kuihnya
- berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
- berat sama di daki, lurah sama dituruni
- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- berpantang maut sebelum ajal
- biar putih tulang, jangan putih mata
- buang yang keruh , ambil yang jernih
- bukit sama didaki, lurah sama dituruni
- bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
- di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
- enggang sama enggang, pipit sama pipit
- hanya jauhari mengenal manikam
- harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
- hilang di mata, di hati jangan
- hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
- jangan berputus asa, hari tidak selamanya panas
- kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
- melentur buluh biarlah dari rebungnya.
- orang berbudi, kita berbahasa
- selagi hayat dikandung badan
- sesal dahulu pendapatan
- tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
- yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
- yang lama dikelek, yang baharu didukung

*Kata-kata Hikmah*
- bersatu teguh, bercerai roboh
- malang tidak berbau
- muafakat membawa berkat
- peliharalah yang lama, pelajari yang baru

*Slogan*
- bahasa jiwa bangsa
- bangsa membaca bangsa berjaya
- minda sihat, emosi stabil
- pandu cermat, jiwa selamat
- perpaduan teras kejayaan
- utamakan barangan buatan Malaysia



1. Alah membeli menang memakai

2. Alang-alang berdakwat biar hitam

3. Ayam tambatan

4. Bagai aur dengan tebing

5. Bagai bulan jatuh ke riba

6. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

7. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

8. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

9. Berpantang maut sebelum ajal

10. Besar hati

11. Bersatu teguh, bercerai roboh

12. Biar putih tulang, jangan putih mata.

13. Berat sama di daki, lurah sama dituruni

14. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

15. Bulat hati

16. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan

17. Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung

18. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

19. Hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri

20. Ibarat aur dengan tebing

21. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang

22. Langkah seribu

23. Malang tidak berbau

24. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

25. Menara gading

26. Muafakat membawa berkat

27. Otak cair

28. Pasang telinga

29. Peliharalah yang lama, pelajari yang baru

30. Seperti kacang lupakan kulit

31. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

32. Umpama tikus jatuh ke beras

33. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

34. Yang lama dikelek,yang baharu didukung


Simpulan bahasa
- tanah air
- titik peluh
- anak tunggal
- air tangan
- kera sumbang
- buah fikiran
- hati terbuka
- lapang dada
- ayam tambatan
- permata hati
- membawa diri
- memerah keringat
- lupa daratan
- murah hati
- orang berada
- menabur bakti
- bulat kata
- menghulur tangan
- menambat hati
- anak buah
- anak jati
- anak didik
- tangan terbuka
- rambang mata
- air muka
- berhati walang
- tergerak hati
- menara gading
- pasang telinga
- sekangkang kera
- tulang empat kerat
- anak bujang

Perumpamaan
- bijak seperti pendeta
- seperti menatang minyak yang penuh
- bagai dihiris sembilu
- cantik bak bidadari
- nipis seperti kertas
- umpama tikus jatuh ke beras
- seperti bulan jatuh ke riba

Pepatah
- bukit sama didaki, lurah sama dituruni
- enggang sama enggang
- selagi hayat dikandung badan
- buang yang keruh , ambil yang jernih
- hanya jauhari mengenal manikam
- hilang di mata, di hati jangan
- alah membeli menang memakai
- hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri
- berpantang maut sebelum ajal
- biar putih tulang, jangan putih mata
- orang berbudi, kita berbahasa
- jangan berputus asa, hari tidak selamanya panas
- sesal dahulu pendapatan


Slogan
- Minda sihat, emosi stabil
- Pandu cermat, jiwa selamat
- perpaduan teras kejayaan
- bahasa jiwa bangsa
- Bangsa membaca bangsa berjaya
- Utamakan Barangan Buatan Malaysia
Share:

Selamat Bertugas Di Tempat Baharu Puan Aerny


Tanggal 8 September yang lalu menjadi tarikh akhir buat Puan Aerny Rohaini binti Lajis selaku AKP menjalankan tugasnya di SKDA kerana beliau akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Keru.

Beliau merupakan antara AKP yang sangat berdedikasi dan sangat pantas membuat kerja. Biarpun seluruh warga SKDA bersedih atas perpindahan ini, namun sedar bahawa inilah yang terbaik untuk beliau. Semoga beliau terus cemerlang dalam menjalankan tugas di tempat baharu. Terima kasih atas segala khidmat bakti dan jasa anda di SKDA. Jasamu dikenang....







Share:

UPSR 2017



Tanggal 11 hingga 14 September yang lalu merupakan hari penentuan bagi pelajar Tahun 6 sesi persekolahan 2017 kerana berlangsungnya Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR). 

Setelah pelbagai program dilaksanakan, maka bermula pada 8 September setelah selesai Majlis Bacaan Yassin dan solat sunat Dhuha, para pelajar telah dijemput dan dilayan dengan penuh kasih sayang oleh para guru di kantin. Makanan istimewa telah disediakan oleh pengusaha kantin sekolah. Puan Russita binti Latip, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah juga sudi meluangkan masa melayan karenah calon-calon UPSR ini.

Pada hari-hari peperiksaan dilangsungkan, para guru masih juga melayan dan menyediakan sarapan pagi sambil membuat ulangkaji dan memberi tips akhir buat mereka. Setelah itu para pelajar akan beratur dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Badrustamam dan juga Ustaz Amirullah. Selesai bacaan doa, mereka akan bersalam-salaman dengan guru-guru dan terus menuju ke dewan peperiksaan.

Semoga kejayaan cemerlang milik mereka dan seterusnya menjadikan SKDA sekolah unggul di daerah Tampin. Sama-samalah kita doakannya. 











Share:

Ketahui Waktu Fisiologi Badan Kita Berfungsi

WAKTU FISIOLOGI BADAN BERFUNGSI




🕔5 - 7 pagi
Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🕖7 - 9 pagi
Wajibkan diri utk bersarapan . Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🕘9 - 11 pagi
Organ limpa bekerja.
Elakkan makan dalam waktu ini.

🕚11 - 1 petang
Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika . Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🕐1 - 3 petang
Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

🕒3 - 5 petang
Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

🕔5 - 7 petang
Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

🕖7 - 9 malam
Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🕘9 - 11 malam
Waktu terbaik utk berehat dan tidur .

🕚11 - 1 pagi
Hempedu bekerja. Elakkan makan , berat badan akan naik mendadak.

🕐1 - 3 pagi
Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga . Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🕒3 - 5 pagi
Peparu bekerja.
Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.
Share:

Majlis Penutupan Bengkel Kecemerlangan UPSR 2017





Setelah bertungkus-lumus belajar, kini detiknya semakin hampir bagi anak-anak Tahun 6 menduduki UPSR. Alhamdulillah bagi tahun ini SKDA sekali lagi menerima tajaan daripada Yayasan Pelajaran Mara bagi meringankan beban pihak sekolah dalam pelaksanaan kelas malam dan juga pelaksanaan bengkel teknik menjawab.

Maka pada tarikh 6 September, satu majlis penutupan bagi menghargai pihak penaja telah diadakan dan dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, Adun Kawasan Gemencheh. Pihak YB secara peribadi mengucapkan jutaan terima kasih kepada YPM kerana sudi menaja dan membantu pihak sekolah. Selain itu juga YB sempat memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kejayaan cemerlang kepada anak-anak SKDA untuk tahun ini.


YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa sedang berucap dan seterusnya merasmikan majlis penutupan Bengkel Kecemerlangan UPSR 2017


Guru Besar sempat menyampaikan sedikit cenderahati buat YB

Cenderahati juga diberikan kepada wakil pihak YPM Negeri Sembilan Saudara Izzudin sebagai simbol menghargai bantuan yang dihulurkan.


Para pelajar yang bakal menduduki UPSR sempat bergambar kenangan bersama para jemputan


Semoga jasa YPM kepada pihak sekolah memberi makna penting buat kejayaan para pelajar dalam UPSR nanti. Sama-samalah kita mendoakan semoga kecemerlangan dalam UPSR akan tetap menjadi milik SKDA.

Share:

Program I See You

Kira-kira jam 10 pagi tadi berlangsungnya Program I See You di dewan sekolah. Program tahunan ini adalah kunjungan mesra pihak PPD Tampin bagi menyantuni para pelajar yang bakal menduduki UPSR pada 11 hingga 14 September nanti.

Majlis ringkas ini dihadiri Puan Hazirah binti A K Muhd Yusof, selaku pegawai angkat sekolah. Dalam ucapan ringkas beliau, beliau mengharapkan para pelajar menjaga kesihatan, fokus dan gigih berusaha serta sentiasa berdoa untuk memperolehi kejayaan cemerlang.

Majlis seterusnya diakhiri dengan penyampaian set alat tulis kepada semua pelajar. Semoga kejayaan cemerlang mengiringi pelajar SKDA. Maju Terus Maju!!

Pengerusi Majlis hari ini.

Guru Besar sempat memberi ucapan ringkas kepada pelajar.

Pn Hazirah binti A K Muhd Yusof

Riak wajah pelajar semasa mendengar amanat daripada Pn. Hazirah


Penyampaian set alat tulis


Wajah riang dan bersemangat bagi membuat yang terbaik.

Share:

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Pada 3 September yang lalu, sebahagian Blok B Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah telah dilimpahi air akibat hujan lebat. Akibat daripada kejadian itu, kebanyakan kawasan persekitarannya berlumpur dan ditakungi air.

Berikut dipaparkan sebahagian kawasan yang terlibat:-





Sehubungan dengan itu, bagi memastikan bilik darjah beroperasi seperti biasa, satu gotong-royong adhoc telah dilaksanakan pada 5 September bermula jam 7.45 pagi. Pihak guru, pekerja dengan bantuan PIBG dan pihak bomba telah bersama-sama turun padang bagi membersihkan kawasan terlibat. Berkat permuafakatan tersebut, maka kerja-kerja pembersihan siap sebelum pukul 10 pagi lagi. Terima kasih semua atas kerjasama ibarat aur dengan tebing ini.










Share:

TIPS SEBELUM MELANGKAH KE DEWAN PEPERIKSAAN



Tips sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan :

1.            Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

                Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
               
2.            Tenang dan percayakan diri sendiri

                Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
               
3.            Bersantailah tapi berhati-hati

                Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.            Membaca bismillah dan doa bagi memudahkan pemahaman anda terhadap soalan.

5.            Preview soalan-soalan terlebih dahulu

                Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

6.            Jawab soalan secara strategik

                Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

             soalan paling sukar,
             yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
             mempunyai markah sedikit .

7.            Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

                Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
               
8.            Semasa menjawab soalan subjektif atau karangan, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
                Buat rangka karangan secara ringkas dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
               
9.            Semasa menjawab soalan subjektif dan karangan, jawab pada persoalannya

                Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan kepada karangan anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas beserta contoh yang bersesuaian jika perlu.
               
10.          Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

                Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
               
11.          Analisa jawapan anda

12.          Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah.

13.          Bertawakal. Setelah selesai menduduki peperiksaan, sentiasalah berdoa dan bertawakal.

Semoga kejayaan cemerlang buat adik-addik yang gigih berusaha.


Share:

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN:-


Peperiksaan semakin tiba, pastinya adik-adik juga semakin cemas dan usaha ke arah peperiksaan semakin rancak dilakukan bukan sahaja adik-adik, malahan guru-guru juga bertungkus-lumus bagi menghadapi pecutan akhir ini. 

Berikut dikongsikan beberapa tips berguna untuk adik-adik menghadapi peperiksaan.


  1. Membuat persediaan rapi sebelum peperiksaan. Kita sedia maklum bahawa apa-apa juga yang ingin kita capai sama ada dalam bidang sukan, pertandingan bahkan juga peperiksaan sangat perlu bagi kita membuat persediaan yang rapi. Lihat bagaimana atlet-atlet sukan yang cemerlang dalam lapangan yang mereka lalui adalah hasil daripada kegigihan semasa latihan. Begitu juga bagi adik-adik yang menduduki peperiksaan. Persediaan sebelum masuk ke dewan sangat penting bagi menghasilkan kejayaan yang diinginkan. Adakah adik-adik memberi focus semasa belajar, Adakah adik-adik menyediakan jadual belajar dan mematuhinya? Adakah adik-adik sering merujuk guru atau bertanya kawan-kawan jika terdapat masalah dalam pelajaran? Berapa lamakah masa adik-adik peruntukkan dalam sehari untuk belajar dan mengulangkaji? Persoalan-persoalan ini membantu adik-adik dalam membuat persediaan rapi sebelum adik-adik menjawab peperiksaan. Tanpa bekalan secukupnya, adik-adik telah awal-awal lagi tewas.
  2. Menjaga diri. Pastikan adik-adik sihat dan bertenaga serta bersemangat untuk menjawab soalan. Untuk itu,adik-adik perlu menjaga kesihatan diri dengan mengambil pemakanan secara sihat, menjauhkan makanan-makanan yang tidak elok untuk kesihatan diri. Menjaga kebersihan diri dan persekitaran supaya bebas daripada apa juga wabak yang boleh membawa penyakit. Rehat secukupnya. Melakukan senaman juga antara langkah-langkah yang boleh adik-adik lakukan bagi memastikan adik-adik bersemangat. Kita sedar bahawa otak memerlukan bekalan oksigen secukupnya, jester jangan lupa sentiasa minum air masak dengan kadar secukupnya. Bagi yang berkemampuan, maka bolehlah mendapatkan makanan tambahan untuk minda seperti kismis dan sebagainya.
  3. Menjaga hubungan dengan Allah. Allah Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki. Maka perlu bagi adik-adik sentiasa dekatkan diri dengan Maha Pencipta. Antara amalan yang boleh adik-adik lakukan adalah menjaga solat lima waktu, mengamalkan solat sunat dhuha, solat hajat, membaca Al Quran dan sentiasa berdoa untuk memohon kepada Allah bagi kejayaan diri adik-adik. Janganlah hanya mengharapkan doa ibu bapa dan guru untuk adik-adik cemerlang kerana adik-adik sendiri perlu berbuat sedemikian juga.
  4. Menjaga hubungan dengan sesama manusia. Setelah adik-adik menjaga hubungan adik-adik dengan Allah, maka adik-adik perlu juga melihat bagaimana hubungan adik-adik sesame manusia seprti hubungan dengan ibu bapa, guru-guru, adik-beradik, rakan-rakan dan dengan sesiapa yang sentiasa adik-adik jumpa. Pernahkah adik-adik menyakiti mereka?Pernahkah adik-adik mengumpat tentang mereka? Jika ada, maka eloklah adik-adik memohon kemaafan kepada mereka, kerana doa orang-orang yang teraniaya sangat makbul. Kita bimbang sekiranya terdapat salah silap kita semasa kita bertutur dengan mereka terutamanya ibu bapa dan guru-guru. Untuk itu , adik-adik perlulah bersopan dan sentiasa membantu mereka tanpa mengharapkan balasan.
  5. Bersedekah. Sentiasalah bersedekah adik-adik kerana banyak manfaat yang akan kita perolehi jika sentiasa bersedekah. Bersedekah bukan semata-mata memberi wang ringgit, antara amalan bersedekah yang boleh adik-adik berikan adalah memberi makanan, memberi rakan-rakan lain meminjam alatan seperti buku dan alat tulis, membantu mereka,bahkan senyuman juga itu satu sedekahkan?
Antara fadhilat bersedekah adalah seperti berikut:-

a. Menyembuhkan penyakit

Benarkah sedekah dapat menyembuhkan diri kita dari penyakit?
Rasulullah SAW bersabda, “Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.” (H.R. Ath-Thabrani)

“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah!” (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Ada sebuah kisah dalam Shahih At Targhib, Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang laki-laki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Beliau telah mengubati lututnya dengan berbagai-bagai ubatan, bahkan pernah bertanya kepada para doktor, namun tidak menghasilkan apa-apa.Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah perigi, kerana manusia sedang memerlukan air. Aku berharap akan ada mata air dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Laki-laki itu lalu menggali perigi dan ia pun sembuh.”

Cubalah bersedekah dengan niat minta disembuhkan dari penyakit, sesungguhnya Allah Maha Pemberi Kesembuhan.

Selain itu, menurut penelitian yang dilakukan Prof. David M Clelland, ditemukan hasil bahawa dengan melakukan sesuatu yang positif untuk orang lain seperti bersedekah akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Ini menyebabkan tubuh lebih kuat menghadapi penyakit. Maka, perbanyaklah bersedekah untuk menyihatkan diri kita!

B. Memberi rasa bahagia

Siapa yang lebih bahagia? Orang yang menerima sedekah, atau orang yang memberi sedekah?
Ya, tentu saja orang yang memberi sedekah akan lebih berbahagia. Hal ini diperkuat dengan hasil penelitian.Berdasarkan sebuah kajian yang diterbitkan di American Journal of Public Health pada 2013, ditemukan bahawa orang yang membantu orang lain sangat terhindar daripada rasa stress.
Selain itu, dalam bukunya, Allan Luks mengatakan bahawa dengan menolong orang lain akan meringankan rasa sakit kita sendiri, mengurangi stres, dan memberi rasa bahagia.

Dengan memberikan bantuan secara sukarela akan meningkatkan hormon endorfin, hal itu baik untuk kesihatan jiwa kita. Penelitian yang dilakukan Allan Luks ini melibatkan 3000 sukarelawan, dan 90%-nya merasakan betul manfaat berbagi dengan orang lain.

C. Memanjang usia dan meringankan sakaratul maut

Rasulullah SAW bersabda, “Sedekah dari seorang Muslim meningkatkan (hartanya) dimasa kehidupannya. Dan juga meringankan kepedihan saat maut (Sakratulmaut), dan melaluinya (sedekah) Allah menghilangkan perasaan sombong dan egois. (Fiqh-us-Sunnah vol. 3, hal 97)

D. Mendekatkan pada terkabulnya hajat

“Barang siapa berniat sedekah, kecepatan Allah membalasnya lebih dari kecepatan gerakan sedekahnya.” (Hadist Qudsi) 

E. Menolak bencana

Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah mengatakan: “Sesungguhnya sedekah bisa memberikan pengaruh yang menakjubkan untuk menolak berbagai macam bencana sekalipun pelakunya orang yang fajir (pendosa), zhalim atau bahkan orang kafir, karena Allah SWT akan menghilangkan berbagai macam bencana dengan perantara sedekah tersebut…”

Hadits lainnya, "Bersegeralah bersedekah! Sebab, musibah dan bencana tidak mampu mendahului sedekah.”

F. Menambah rezeki

Rasulullah SAW pernah bersabda “Turunkanlah (datangkanlah) rezekimu (dari Allah) dengan mengeluarkan sedekah.” (HR. Al-Baihaqi)

Dalam salah satu hadis Qudsi, Allah berfirman: “Hai anak Adam, infaklah (nafkahkanlah hartamu), nescaya Aku memberikan nafkah kepadamu.” (H.R. Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Nabi SAW pernah bersabda: “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq.” Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: “Ya Allah berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya).” (H.R. Bukhari – Muslim)

G. Mendapat naungan di hari kiamat

Rasulullah SAW bersabda “Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya.” (HR. Ahmad)

Dari Uqbah bin Amir ia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Setiap individu berada dalam naungan sedekahnya sampai dia diadili di antara manusia."

Nabi pernah menyebutkan bahawa tujuh hal yang akan menjadi payung yang menaungi pada hari kiamat antara lain seseorang yang bersedekah secara rahsia sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan tangan kanannya. (HR. Bukhari Muslim)

“Sesungguhnya sedekah akan memadamkan panas kubur bagi pelakunya. Sungguh pada hari kiamat, seorang mukmin akan berlindung di bawah naungan sedekahnya.” (Silsilah As-Shahihah, 3484)

Kesimpulannya sangat banyak manfaat jika adik-adik menjadikan malan bersedekah sebagai amalan harian adik-adik.



  1. Amalkan baca doa ni:



Share:

BIODATA ENAM PERDANA MENTERI MALAYSIA

Hanya sekadar perkongsian ilmu.. Semoga mendapat manfaat daripada gambar yang disertakan.












Share:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts