Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

TIPS SEBELUM MELANGKAH KE DEWAN PEPERIKSAAN



Tips sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan :

1.            Datanglah dengan bersedia dan lebih awal

                Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.
               
2.            Tenang dan percayakan diri sendiri

                Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.
               
3.            Bersantailah tapi berhati-hati

                Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4.            Membaca bismillah dan doa bagi memudahkan pemahaman anda terhadap soalan.

5.            Preview soalan-soalan terlebih dahulu

                Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

6.            Jawab soalan secara strategik

                Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

             soalan paling sukar,
             yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
             mempunyai markah sedikit .

7.            Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih

                Mula-mula, abaikan jawapan yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.
               
8.            Semasa menjawab soalan subjektif atau karangan, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis
                Buat rangka karangan secara ringkas dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.
               
9.            Semasa menjawab soalan subjektif dan karangan, jawab pada persoalannya

                Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan kepada karangan anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas beserta contoh yang bersesuaian jika perlu.
               
10.          Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan

                Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.
               
11.          Analisa jawapan anda

12.          Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah.

13.          Bertawakal. Setelah selesai menduduki peperiksaan, sentiasalah berdoa dan bertawakal.

Semoga kejayaan cemerlang buat adik-addik yang gigih berusaha.


Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts