Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR

Sedar tak sedar, hanya hampir seminggu lagi murid tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Bagi sekolah rendah, peperiksaan inilah yang akan menjadi penentu hala tuju murid untuk melangkah ke alam sekolah menengah.
Dalam persediaan  untuk menghadapi pepriksaan ini, pelbagai usaha dan program  yang telah dijalankan bagi menyuntik semangat murid-murid. Ini termasuklah Program Pecutan Akhir yang telah dijalankan pada 23 Ogos 2017 yang lalu. Pengisian program ini ialah Bengkel Menjawab Soalan Berbentuk UPSR yang terdiri daripada empat subjek utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan tidak ketinggalan subjek Sains.
Dalam program ini juga, Kunjungan Mesra UPSR daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan dan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin turut diadakan pada pukul 10.00 pagi. Kunjungan Mesra ini telah dihadiri oleh beberapa pegawai iaitu En. Aminurddin bin Kamisan (Ketua Unit Sekolah Rendah JPNS), En. Fadzil bin Jamil  (Sektor Akademik JPNS), En. Joffery bin Maulud (Unit Sekolah Rendah PPD) dan En. Aminuddin bin Jaafar (Fasilinus PPD Tampin). En. Aminurddin bin Kamisan telah menyampaikan amanat daripada Pengarah Pelajaran Negeri kepada semua murid tahun 6. Diharapkan, amanat yang telah disampaikan itu menjadi panduan kepada murid-murid untuk menghadapi UPSR nanti.
En, Aminurddin bin Kamisan, Ketua Unit Sekolah Rendah JPNS menyampaikan amanah kepada murid tahun 6

Bengkel sedang dijalankan



Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts