Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

Bengkel PA21

Seiring dengan arus pemodenan, pendidikan kini juga turut berubah. Jikalau dulu, lebih dikenali dengan KBSR namun sekarang KSSR telah memainkan peranan utama dalam dunia pendidikan. Dalam usaha memantapkan KSSR ini, guru-guru juga telah diperkenalkan dengan Pembelajaran Abad 21 atau lebih sinonim dengan PA21.
Dalam hal ini, guru SKDA juga tidak ketinggalan untuk meningkatkan pengetahuan tentang PA21. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah menjalankan Bengkel PA21 kepada guru-guru pada 2 April 2018. 
Dalam PA2 ini, aktiviti berpusatkan murid amatlah dititkberatkan. Beberapa kemahiran perlu diterapkan dalam aktiviti pdpc seperti kemahiran komunikasi, kolaboratif, kreativiti, berfikiran kritis dan nilai murni & etika. Kemahiran-kemahiran ini amat penting
bagi melihat kemenjadian murid pada masa akan datang.
Diharapkan agar guru-guru akan sentiasa menerapkan elemen yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan murid yang lebih berwibawa pada masa akan datang.


















Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts