Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

English Panel Turn


Firstly, admin mohon maaf bebanyak.. apa taknya, perkara ni dah berlaku banyak hari da,tapi admin tak masuk pun dalam blog..sorry tau..lately, admin biziiiii lagi..cheh, macam kerja PM pulak admin ni kan..hahaha.. ehh, mmg PM pun, tapi pakar memasak untuk anak-anak aiii jeee,hehe..pakar la sangat 🙄🙄🙄
kadang makan pun tak lalu,tapi sebab xde pilihan,bedal je la kan..hohoho
Ok..kita teruskan dengan apa yang admin nak sampaikan ye..hari Selasa iaitu 7 April 2018, English Panel SKDA telah menghantar 2 orang murid iaitu adik Arisya Liyana dan Nurul Najwa untuk Poetry dan seorang murid iaitu Yasmin Damia untuk Storytelling di SK Bukit Rokan. Alhamdulillah, SKDA telah mendapat tempat ketiga dalam Poetry dan penyertaan untuk storytelling.
Walaupun adik Yasmin Damia tidak berjaya mendapat sebarang tempat, namun syabas dan tahniah harus diberikan kepadanya kerana kesungguhan yang telah ditunjukkan sepanjang sesi latihan dan pertandingan itu. Semangat seperti inilah yang perlu ada jika kita ingin berjaya pada masa akan datang. 


Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Recent Posts