Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


Tahniah Pasukan Bola Jaring SKDA



Setelah gigih berlatih semenjak awal tahun, maka akhirnya SKDA berjaya memperolehi tempat ketiga dalam Pertandingan Bola Jaring MSSDT Tampin bagi tahun 2018. Kejayaan ini sangatlah bermakna memandangkan pertandingan bola jaring merupakan salah satu sukan yang paling banyak penyertaan daripada setiap sekolah. Lebih manis kemenangan ini merupakan bonus memandangkan pada beberapa tahun belakangan ini, kita hanya ke suku akhir. 
Tahniah buat semua ahli pasukan terutamanya barisan Jurulatih, Cikgu Norlaila, Cikgu Siti Surisuhaili, Cikgu Myzatul Sarah dan Cikgu Asmazura kerana usaha anda telah mula menunjukkan hasil. Tahniah semua.. Majulah Bola Jaring Untuk SKDA

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts