Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


PROGRAM TITIAN ILMU TAHUN 1 2018

Program Titian Ilmu merupakan satu program yang dirangka khusus untuk murid dan ibu bapa tahun 1. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk berkongsi maklumat tentang pripentingnya kemahiran literasi dan numerasi dalam kalangan pelajar tahun 1.

Bagi tujuan tersebut, maka SK Datuk Abdullah telah bergerak pantas dengan mengadakan pertemuan 4 mata dengan ibu bapa bagi membentangkan pencapaian anak-anak dan seterusnya mencari jalan terbaik bagi menggelakkan anak-anak digolong dalam LINUS tegar.

Bagi program kali ini, Cikgu Azman dan juga Cikgu Myzatul Sarah telah menyampaikan beberapa tips bagi ibu bapa gunakan untuk mengajar anak-anak di rumah. Tidak cukup dengan itu, Unit LINUS di bawah kendalian Cikgu Nooraini turut menjemput FasiLinus PPD Tampin iaitu Puan Norliza binti Damit bagi memberi tips dan input berguna kepada ibu bapa dan pelajar.

Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar dan seterusnya memastikan mereka dapat mengikuti aktiviti PDPC tanpa masalah besar kelak.

Barisan pentadbir bergambar kenangan dengan Puan Norliza


Puan Norliza menyampaikan ceramah dan tips berguna untuk ibu bapa praktikkan.

Cikgu Myzatul Sarah juga gigih menyampaikan ilmu foniknya.

Cikgu Azman dengan teknik tunjur caranya bagi memudahkan ibu bapa memahami isi yang ingin beliau sampaikan.

Saksikan video bagaimana seronoknya ibu bapa dalam program ini.


Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts