Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.


MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41

Mesyuarat Agung PIBG adalah merupakan agenda terpenting dalam takwim setiap sekolah. Begitu juga dengan SKDA. Namun, kali ini ianya diadakan lebih awal berbanding tahun-tahun sebelumnya iaitu pada 6 Februari 2018 bersamaan dengan hari Selasa.
Mesyuarat PIBG pada kali ini telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Shaziman bin Hj Abu Mansor, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh beliau, beliau mengharapkan agar ibubapa dan penjaga sentiasa menyokong aktiviti yang dijalankan oleh PIBG SKDA. Ini kerana, dengan adanya sokongan yang baik daripada ibubapa dan penjaga, ia secara tidak langsung akan membawa kejayaan pada murid-murid di SKDA ini. 
Dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ini juga, YB Dato Seri Shaziman bin Hj Abu Mansor telah menyampaikan Bantuan Kewangan Awal Persekolahan kepada murid yang layak. Disamping itu, beliau turut berbesar hati dengan menyampaikan saguhati kepada 26 orang murid SKDA yang telah berjaya mendapat 8A dalam UPKK tahun 2017. 
Diharapkan agar murid-murid ini akan terus mengekalkan kecemerlangan dalam UPSR 2018 nanti.







































Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts