Blog ini merupakan blog rasmi Sekolah Kebangsaan Datuk Abdullah yang memaparkan aktiviti yang dijalankan di sekolah dan perkongsian ilmu dan bahan pendidikan.

Tahukah Anda Fungsi Ekor Bagi Haiwan?


Ekor yang terdapat bagi setiap haiwan sebenarnya mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri dan berbeza mengikut jenis haiwan. Bagi burung, ekornya berfungsi untuk keseimbangan, mengawal penerbangannya dan berhenti apabila hinggap di sesuatu tempat. Ekor yang berwarna-warni bagi sesetengah burung seperti burung merak berguna untuk memikat pasangannya.
Ekor cicak pula berguna untuk mengelirukan musuh. Apabila musuh berjaya menangkap ekornya, cicak akan segera memutuskan ekornya dan melarikan diri. Ekor cicak akan kembali tumbuh selepas itu.
Manakala bagi lembu dan kuda pula, ekornya digunakan untuk menampar dan menghalau lalat ketika meragut rumput. Ikan pula menggunakan ekornya untuk berenang dan bergerak ke hadapan.

Share:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Follow Blog Kami

Tempahan Perpustakaan

Tempahan Perpustakaan
Sila Scan Kod Bar

Akhbar Tempatan

Popular Posts

Labels

Blog Archive

Recent Posts